Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, October 11, 2012

TENTERA MENEMBAK MATI SINGA

Hai O akan membuat penampilan ke 4 berturut-turut di Final Piala Malaysia

Dom! Dom! Dom! Dom! Dom! Waurh! Waurh! Waurh! Waurh..Itu lah bunyi meriam dan ngauman singa yang didengar di Stadium Selayang semalam. 5 Dentuman meriam telah menewaskan 4 ngauman singa untuk layak ke Final Piala Malaysia 2012.

Setelah terikat 1-1 dalam perlawanan sebenar dan masa tambahan, pemenang perlawanan ditentukan dengan tendangan penalti dan akhirnya dimenangi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan kemenangan tersebut, ATM berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas 46 tahun dan akan menunggun Kelantan atau Selangor di perlawanan akhir.


Perlawanan semalam memang dramatik dan mendebarkan apabila kedua-dua menyerang habis-habisan untuk menjaringkan gol. Selepas Singapura berjaya menjaringkan gol, ATM mula membuat serangan bertubi-tubi ke gawang Singapura tetapi tidak berjaya untuk separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua pula, ATM meneruskan serangan mereka. Habis semua senjata dan peralatan tentera mereka gunakan tetapi tidak berjaya menembusi gawang lawan. Bahagian serangan ATM melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol penyamaan di samping kecemerlangan penjaga gol Singapura yang berjaya menahan semua rembatan dan tandukan pemain ATM.

Pada minit-minit akhir tambahan masa di separuh masa kedua, Marlon menjadi penyelamat ATM apabila berjaya menanduk bola menewaskan penjaga gol Singapura untuk gol penyemaan. Setelah mereka bermain selama 120 minit, penalti dilakukan apabila keputusan 1-1 kekal.

Dalam perlawanan semalam,satu sejarah telah tercatat apabila Hairuddin Omar atau Hai O akan membuat penampilan ke 4 berturut-turut untuk Final Piala Malaysia. Ini sememangnya satu rekod peribadi yang hebat kerana belum ada pemain yang berjaya melakukan seperti beliau

ATM pastinya akan melakukan persiapan rapi bagi mempersiapkan pasukan untuk menggapai Piala Malaysia dari 2 pasukan akan bertarung malam ini.

Sama-sama kita saksikan perlawanan separuh akhir kedua malam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR