Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, October 16, 2012

BERITA THE RED WARRIORS 2

Gomo Merah Gomo melaporkan berita menarik untuk The Red Warriors kali ini.




Berita 1: Ganjaran tanah lot.
Tan Sri Anuar Musa telah mengumumkan ganjaran sebidang tanah lot berjumlah RM 60,000-RM 80,000 setiap pemain jika berjaya menggondol 3 piala termasuk Piala Malaysia musim ini.


Berita 2: Pemain diburu.
Pengurus pasukan, En. Azman Ibrahim mengatakan beberapa kelab sedang memburu pemain Kelantan tetapi sebahagian besar pemain Kelantan masih terikat dengan kontrak dan ada yang menandatangani kontrak baru. Jadi, kemungkinan besar, hanya beberapa pemain akan meninggalkan Kelantan dan akan ada beberapa pemain baru akan ditandatangani nanti


         Dennis Antwi                                                                                      Emmanual Okinne

Berita 3: Dua pemain import akan dipinjamkan.
Dennis Antwi dan Emmanuel Okinne akan dipinjamkan kepada kelab yang ingin memerlukan khidmat pemain import. Mereka berdua tidak kisah untuk bermain di liga perdan atau liga fam kerana mereka berdua ingin terus kekal di dalam liga Malaysia.


Berita 4: Tiket Piala Malaysia 2012
Tiket Piala Malaysia 2012 akan mula dijual di Stadium Shah Alam bermula pada hari Khamis (18/10/2012) ini. Pihak FAM menyediakan 60,000 tiket dan setiap pasukan diberikan 30,000 tiket untuk dijual kepada penyokong masing-masing. Harga tiket telah ditetapkan kepada RM 40 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.


Berita 5: Penggantungan Norfarhan
“Pihak Kafa akan cuba membuat rayuan berhubung isu penggantungan yang dikenakan ke atas Farhan bagi membolehkan beliau beraksi kembali pada perlawanan akhir nanti,” kata Pengurus TRW, Hj Azman Ibrahim. Itulah ulasan pengurus pasukan Kelantan berhubung penggantungan Norfarhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR