Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, October 12, 2012

PASUKAN MANA YANG AKAN MENENTANG ATM DI FINAL PIALA MALAYSIA 2012


Tepat jam 8.45 malam ini (12/10/2012), Kelantan akan turun bertemu pasukan tuan rumah, Selangor di Stadium Shah Alam untuk perlawanan kedua separuh akhir kedua Piala Malaysia. Ramai yang sudah mengetahui, ATM telah mengalahkan pasukan Singapura12 pada separuh akhir pertama semalam. Jadi, pasukan manakah yang akan menentang pasukan ATM di perlawanan akhir nanti? Adakah Kelantan atau Selangor? Semuanya akan terjawab malam ini yang akan dilangsungkan di TV1 dan Astro Arena 801.


Kelantan dilihat mempunyai kelebihan berbanding Selangor apabila membawa bekalan 1 gol ketika menewaskan pasukan tersebut pada perlawanan pertama di Kota Bharu. Gol hasil jaringan Norfarhan itu setakat ini amat bererti buat Kelantan dan itu adalah pemisah antara kedua-dua pasulan.

Untuk melangkah ke perlawanan akhir, Kelantan harus menjaringkan gol untuk memberikan tekanan kepada pasukan Selangor tapi seri pun sudah memadai buat Kelantan. Bagi Selangor pula, mereka harus menjaringkan 2 gol untuk layak ke perlawanan akhir.

Kelebihan sememangnya milik Kelantan tapi perlawanan semalam harus dipandang serius oleh The Red Warriors. Semalam telah membuktikan bahawa kelebihan jaringan ditempat lawan tidak mampu untuk membantu ATM layak ke Final sebaliknya harus ditentukan melalui penalti yang sangat mendebarkan. Jadi, setiap pemain Kelantan di setiap bahagian terutamanya pertahanan harus fokus dari segi mental dan fizikal bagi menhalang Selangor menembusi gawang gol pasukan.

Penyerang pula harus menyempurnakan peluang yang terhidang bagi melebarkan jaringan untuk selesa ke perlawanan akhir. Pada pemain yang ke 12 pula, tolong beri sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita agar kita berjaya melangkah ke Final dan seterusnya memenangi Piala Malaysia buat kali kedua. Saya juga berharap agar penyokong tidak menimbulkan sebarang masalah yang dapat menganggu fokus pemain kita. Sokongla dengan hati yang ikhlas.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR