Kelantan a.k.a The Red Warriors bakal menghadapi final Piala Malaysia buat kali kelima bagi sejarah kelab mereka. Kelantan yang berjaya menumpaskan Gergasi Merah Kuning dalam saingan separuh akhir sedang memburu kejuaraan ketiga untuk musim 2012 ini. Kelantan dilihat akan mengulangi sejarah yang dilakar oleh Kedah yang berjaya membuat treble sebanyak dua kali.
Pada Piala Malaysia musim ini, Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah untuk melepasi peringkat kumpulan walaupun diletakkan dalam kumpulan maut bersama Terengganu, Kedah dan Juara Liga Perdana, ATN. Tapi semua peminat sukan Malaysia terkcjut apabila Kelantan tewas di tangan Terengganu pada awal saingan dan kredibiliti Kelantan mula diragui peminat sukan Malaysia. Bagi penyokong Kelantan, mereka sedikit pun tidak gentar dengan keputusan tersebut kerana mereka tau pasukan mereka akan bangkit menebus kekecewaan tersebut.
Kelantan membalas kepercayaan penyokongnya dengan menghadiahkan 3 kemenangan di Stadium Sulyan Muhammad ke IV dan berjaya melangkah ke saingan suku akhir setelah membelasah Terengganu dengan jaringan besar 6-1.
Kita lihat ringkasan perjalanan pasukan Kelantan ke Final Piala Malaysia.
Kumpulan B
22 Ogos 2012
Terengganu 2-0 Kelantan
25 Ogos 2012
Kelantan 2-1 Kedah
28 Ogos 2012
ATM 1-1 Kelantan
1 Sept 2012
Kelantan 4-3 ATM
4 Sept 2012
Kedah 0-0 Kelantan
14 Sept 2012
Kelantan 6-1 Terengganu
Suku Akhir
P1 Felda United 1-2 Kelantan
P2 Kelantan 2-2 Felda United
Separuh Akhir
P1 Kelantan 1-0 Selangor
P2 Selangor 0-2 Kelantan.

Bahagian pertahanan dilihat tidak menghadapai masalah dengan kehebatan Nwaneri dan Subra yang disokong Daudsu dan Nik Shahrul atau Zairul Fitru pada bahagian kiri akan menguatkan lagi pertahanan yang akan menghadapi serangan bertali arus dari Marlon, Bruno, Hai O dan Zaquan. Diharap pemain sentiasa fokus dan kekalkan momentum permainan supaya ATM dapat ditumbangkan.
Kepada penyokong, teruskan sokongan anda kepada pasukan dan pastikan tidak melakukan perbuatan yang boleh merugikan diri dan pasukan Kelantan. Kalah menang adat perlawanan, jadi kita kena terima dengan hati yang bersyukur kerana kita telah melangkah ke Final.
Sama-sama kita doakan kejayaan Kelantan merangkul Piala Malaysia musim 2012.
Gomo Kelate Gomo.