Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, October 2, 2012

PERMAINAN TERUK DAN MENDEBARKAN

Ghaddar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 93.

Keseluruhan, saya boleh katakan permainan malam ini amat teruk. Pemain seperti leka dan tidak fokus kepada perlawanan. Kawalan bola yang teruk dan hantaran juga tidak sampai kepada kawan. Pemain paling teruk persembahan dia pada malam ini bagi saya ialah Mafry Balang.

Kenapa saya kata Mafry main dengan teruk? Pertama, saya lihat pemain sayap Felda United mudah menewaskannya dan dapat membuat beberapa hantaran melalui kawasannya. Kawalan bolanya juga kurang berkesan.
Saya mintak maaf jika ada yang terasa. Ini hanya luahan saya terhadap permainan pasukan Kelantan pada malam ini. Jurulatih Kelantan, Bojan juga mengakui Kelantan bermain teruk malam ini. Kelantan dilihat hilang punca pada permulaan permainan dan Felda United hampir diberikan sepakan penalti tapi nasib baik tidak disahkan oleh pengadil perlawanan. Felda juga beberapa kali berjaya dan berpeluang menambah jaringan tetapi dihalang oleh kecekapan Apek dan tiang gol.

Jika corak permainan macam ini diteruskan ketika bertemu Selangor di separuh akhir nanti, saya rasa kita pasti akan kalah kepada Gergasi Merah Kuning tu. Bojan harus mengenal pasti kelemahan permainan tadi. Apa yang saya perhatikan ialah defend yang longgar di sebelah kiri. Pada pendapat saya, elok kalu diturunkan Aslam untuk perlawanan tadi.

Apa pun kita sentiasa diselamatkan oleh Ghaddar yang berjaya menjaringkan gol penyamaan 2-2 untuk kita layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia bagi musim ini dengan aggregat 4-3. Tahniah juga kepada penyokong The Red Warriors apabila terus memberikan sokongan walaupun telah ketinggalan 2-0.

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana Ghaddar berjay menjaringkan gol penyamaan dan seterusnya kita layak ke pusiangan separuh akhir Piala Malaysia.

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR