We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, October 21, 2012

KELANTAN JUARA TREBLE TERBARU


Kelantan telah mengesahkan bahawa mereka adalah kuasa baru bola sepak negara apabila berjaya merangkul juara treble untuk musim 2012 ini. Ini kerana mereka telah berjaya merangkul dua piala sebelum ini iaitu Piala F.A 2012 dan Piala Liga Super Malaysia 2012.


Dengan menjulang Piala Malaysia itu, Kelantan sekarang adalah sebaris dengan Kedah dan Selangor yang pernah muncul sebagai juara treble. Kelantan mengalahakan Sime Darby FC untuk merangkul Piala F.A dan berjaya mempertahankan Piala Liga Super Malaysia tahun ini.

Pasukan Kelantan layak untuk menjadi juara musim ini kerana memiliki skuad yang lengkap, pengurusan yang baik dan jurulatih yang bijak. Pemain juga bermain dengan baik sepanjang tahun ini sehingga layak ke suku akhir Piala AFC.

Tahun ini boleh dikatakan tahun cemerlang buat The Red Warriors. 3 dari 4 piala yang ingin kita rangkul berjaya digapai berkat usaha gigih pemain, jurulatih, pengurusan dan yang paling penting adalah penyokong yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan. Penyokong sentiasa berada di belakang pasukan tak kira barat, timur, utara dan selatan.

Pemain import yang kita miliki juga tidak menghampakan apabila membantu pasukan dan bermain dengan baik untuk kejayaan pasukan. Walaupun dicemuh atau dikritik, Ghaddar dan Obinna tetap kukuh dan sentiasa bersemangat bermain dengan pasukan. Terima kasih Ghaddar dan Obinna. Anda berdua adalah antara pemain import terbaik Kelantan.

Tak lupa juga kepada peneraju dan pembangun pasukan Kelantan, Tan Sri Anuar Musa yang tak pernah kenal erti penat lelah dalam membangunkan bola sepak di Kelantan. Tanpa beliau, Kelantan tidak mampu menjadi sehebat ini.

Semoga Kelantan akan terus cemerlang pada masa hadapan.

Gomo Kelate Gomo

Ringkasan pencapaian Kelantan musim 2012

Juara Piala F.A - menewaskan Sime Darby FC

Juara Piala Liga Super Malaysia - 60 mata

Suku Akhir Piala AFC - Tewas kepada Arbil FC dari Iran

Juara Piala Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR