Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, October 15, 2012

BERITA THE RED WARRIORS 1

Gomo Merah Gomo melaporkan pula untuk Berita The Red Warriors.




Berita 1: Cuti sempena Piala Malaysia
Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah mengumumkan hari Ahad (21/10/2012) cuti sempena Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu ATM di Stadium Shah Alam, sabtu ini. Langkah ini diambil bagi memberi peluang kepada rakyat dan penyokong Kelantan yang pergi ke stadium dapat rehat sebelum pulang ke Kelantan dengan Piala Malaysia (InsyaAllah doa tu).


Berita 2: Apek dilamar Johor FA dengan kontrak RM 3 juta.
Khairul Fahmi @ Apek, Keeper kental Kelantan dikatakan dilamar oleh pasukan Johor FA dengan kontrak berjumlah RM 3 juta. Jika Apek menerima tawaran tersebut, dia akan menjadi pemain termahal di negara kita. Tetapi Apek menegaskan Kelantan adalah keutamaannya. Jadi kita tunggu dan lihat saje la yer.


Berita 3: Ganjaran BESAR menanti Kelantan
Tan Sri Anuar Musa telah mengumumkan akan memberi bonus BESAR kepada Kelantan jika berjaya mencatat kejuaran ketiga untuk musim ini.


Berita 4:Kelantan tanpa Ghaddar dan Farhan.
Semestinya semua orang telah mengetahui bahawa Kelantan akan menempuhi Final Piala Malaysia tanpa dua tonggak penting di bahagian serangan iaitu Ghaddar dan Farhan yang memungut kad kuning ke2 ketika bertemu Selangor pada saingan separuh akhir yang lalu. Ini memberi peluang kepada penyerang lain untuk membuktikan kemampuan mereka pada pentas Final nanti. Antara penyerang tersebut ialah Azlan Ismail, Ramzul Zahini, Afiq Azmi dan Nor Shahrul.

Berita 5:Penyokong meninggal dunia
Seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir Kelantan bertemu Selangor di Shah Alam. Arwah Suharto Abdullah meninggal disebabkan oleh serangan jantung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR