Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, October 5, 2012

PROFIL PASUKAN YANG AKAN DITENTANG DI SEPARUH AKHIR

Jom lihat profil pasukan yang akan ditewaskan (ehem-ehem jangan cakap besar) di separuh akhir Piala Malaysia nanti.



Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor Football Association-Selangor FA) atau lebih dikenali sebagai Selangor adalah sebuah persatuan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan, bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .
Pencapaian
Selangor yang telah berjaya memenangi 32 gelaran juara Piala Malaysia, 7 gelaran juara liga divisyen 1, 2 gelaran juara liga divisyen 2, 5 gelaran juara Piala FA Malaysia, dan 8 gelaran juara perlawanan sumbangsih atau Perisai Sultan Haji Ahmad Shah, sekali gus menjadikan Selangor sebagai pasukan yang paling banyak menjuarai apa-apa jua piala kejuaraan tempatan dan segala rekod kejuaraan ini masih dipegang oleh pasukan Selangor hingga kini. Ini menjadikan Selangor selaku pasukan paling berjaya dalam Liga Malaysia, sekali gus juga menjadi pasukan yang paling dicemburui oleh hampir keseluruhan penyokong pasukan-pasukan bola sepak negeri yang lain.

Pada 27 September 2008, pengurus Zakaria Ab Rahim telah menetapkan satu wawasan baru untuk Selangor yang dikenali sebagai Visi 2015. Matlamat wawasan itu adalah menjadikan Selangor berjaya.

Ringkasan:

Nama penuh Persatuan Bola Sepak Selangor
(Selangor Football Association)
Gelaran Gergasi Merah (the Red Giants)
MerahKuning (the Red-Yellows)
Ditubuhkan 22 Februari 1936
Stadium/Padang Stadium Shah Alam, Selangor
Kapasiti 80,000
Pengerusi Tan Sri Khalid Ibrahim
Pengurus Datuk Mokhtar Ahmad
Liga Liga Super Malaysia
2011 Ke-3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR