Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, October 19, 2012

HABIS DUIT LAGI

Makin kaya la persatuan yang menjaga bola sepak di Malaysia ni. Bila tak de duit jer, kenakan denda kepada persatuan bola sepak negeri. Ada yang kena denda kerana membaling mercun, membaling botol minuman, botol sos tapi denda yang dikenakan tidak sama. Kenapa denda tidak sama sedangkan setiap benda yang dibaling itu boleh membahayakan penyokong lain?



FAM telah mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa pasukan negeri yang dikenakan denda mengikut kesalahan masing-masing. Pasukan Kelantan pun terkena habuannya apabila dikenakan denda RM 40,000 akibat kebijaksanaan penyokong kita yang melontar botol air  ke padang ketika Kelantan bertandang ke Stadium Selayang. Semuanya pasti ingat apabila kapten Kelantan, Piya mengutip botol-botol tersebut supaya permainan dapat diteruskan.

Penyokong yang baling botol tu memang sengaja nak menyusahkan KAFA. Walaupun tak puas hati, janganla melontar benda-benda yang boleh menyebabkan persatuan didenda. KAFA dah habis banyak duit untuk membayar denda-denda sebelum ini.

Cuba penyokong yang baling tu fikir sejenak. Kalu duit yang bayar denda tu digunakan untuk meningkatkan mutu kejurulatihan pasukan, menaik taraf stadium dan tidak mustahil, untuk membina stadium baru untuk pasukan kita.

Jadi, sempena Piala Malaysia 2012 ni, hentikan lah baling-membaling botol ni. Bukan anda yang kena denda tetapi persatuan yang kena. Tunjukkan kepada negeri lain bahawa penyokong Kelantan adalah penyokong yang terbaik di Malaysia. Kalu nak marah sangat, bawak sendiri tong sampah. Buang botol-botol tu dalam tong sampah.

Semoga penyokong dapat mengubah perangai yang tak elok dan akan menyokong dengan bersemangat agar pemain tahu harapan penyokong. Sama-samalah kita menyokong pasukan The Red Warriors di Piala Malaysia esok agar kita melakar sejarah pasukan dengan menjadi juara treble buat kali pertama.

Sama-sama kita doakan semoga berjaya..Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR