Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, October 7, 2012

FAKTA MENARIK NEWCASTLE VS MAN. UNITED

Evra menjaringkan gol kedua buat Man .United ketika mengalahkan Newcastle di St. James Park Stadium.

Perlawanan antara Manchester United dan Newcastle United semalam amat menarik dan setiap pasukan berjuang habis-habisan untuk memenangi perlawanan. Selain itu, terdapat beberapa fakta menarik bagi perlawanan tersebut antaranya ialah :
1. Penjaring gol kedua United, Evra menjaringkan gol bagi perlawanan ke 300nya untuk Manchester United.

2. Tom Cleverly menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

3. Keputusan 3-0 yang dicatatkan oleh Man. United pada perlawanan tersebut adalah sama pada perlawanan musim lepas ketika kalah kepada Newcastle di stadium yang sama.

4. Valencia diturunkan setelah sembuh dari kecederaan yang dialami ketika mengalahkan Liverpool.

5. Jaringan yang dihasilkan oleh Cleverly semalam dihasilkan melalui sepakan dari jarak 23 meter dari pintu gol.

6. Buat pertama kalinya, Nani tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama seperti perlawanan sebelum ini dan dia langsung tidak disenaraikan dalam skuad tersebut pagi tadi.

7. 8 kad kuning telah dikeluarkan oleh pengadil perlawanan, Howard Webb. 4 kepada Man. United dan 4 kepada Newcaslte United.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR