Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, October 18, 2012

PREVIEW FINAL PIALA MALAYSIA 2012-P1

Ramai sudah mengetahui Kelantan akan bertemu ATM di Stadium Shah Alam untuk Final Piala Malaysia 2012 pada malam esok (20/10/2012). Setiap penyokong kedua pasukan mengatakan pasukan mereka akan menang kerana mempunyai kekuatan masing-masing dan mampu untuk menewaskan pasukan lawan nanti. Ada juga mengatakan rekod akan membantu pasukan yang mempunyai rekod yang lebih baik. Apa pun kata-kata penyokong itu, kita buat analisa atau kita review balik perjalanan kedua-dua pasukan yang akan bertembung untuk merebut 1 piala ini.
Kita mulakan dengan ATM. ATM dianggap antara pilihan untuk layak ke suku akhir walaupun diundi dalam kumpulan maut bersama Kelantan, Terengganu dan wakil utara, Kedah. Menggunakan bekas khidmat penyerang Kedah, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto, bekas pemain kelab MPPJ, serta beberapa pemain kebangsaaan seperti adik beradik kembar dari N. Sembilan, Zaquan dan Aidil, Hairuddin Omar serta Juara Liga Perdana, ATM dilihat mampu melangkah ke saingan yang lebih jauh.

Ringkasan mengani ATM


Nama penuh : Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia
Gelaran : Tentera
Ditubuhkan
Stadium/Padang : Stadium Majlis Perbandaran, Selayang, Selangor
Kapasiti : 60,432
Pengerusi : Brigadier Jeneral Dato' Pahlawan Abdul Nasser Ahmad
Pengurus : B. Sathianathan
Jurulatih : B. Sathianathan
Pencapaian: Liga Perdana Malaysia
2012 : 1st


Kita lihat perjalanan ATM dalam saingan kumpulan hingga ke akhir.

Kumpulan B
22 Ogos 2012
Kedah 0-2 ATM

25 Ogos 2012
ATM 2-1 Terengganu

28 Ogos 2012
ATM 1-1 Kelantan

1 Sept 2012
Kelantan 4-3 ATM


4 Sept 2012
Terengganu 0-2 ATM

14 Sept 2012
ATM 2-2 Kedah

Suku Akhir
P1 ATM 3-2 N. Sembilan
P2 N. Sembilan 1-3 ATM

Separuh Akhir
P1 LIONS XII 1-1 ATM
P2 ATM 1-1 LIONS XII
(ATM layak melalui tendangan penalti 5-4)

Pemain perlu diberi perhatian oleh pasukan Kelantan nanti.
1. Marlon : mempunyai kepantasan dan bijak mengelecek lawan, mempunyai tandukan yang kuat dan bijak mencari peluang untuk menjaringkan gol.

2. Hairuddin Omar : mempunyai pengalaman yang besar bermain dalam final Piala Malaysia, mempunyai tandukan yang kuat dan pandai menyempurnakan peluang di hadapan pintu gol, menjadi penjaring di setiap final Piala Malaysia 4 kali sebelum ini.

3. Bruno Martelotto : mengawal bahagian tengah dengan baik, bijak membuat hantaran dan membuka peluang untuk penyerang menjaringkan gol.

4. D. Christie Jayaseelan : mempunyai larian yang pantas di sebelah tepi dan bijak membuat hantaran silang ke depan gawang lawan.

5. Aidil Zakuan : pertahanan kental yang mampu menangkis serangan lawan dan bijak mengawal bahagian pertahanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR