Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, October 13, 2012

BERITA THE RED DEVILS 1

Berita 1:
Setiap bulan, Manchester United akan membuat undian bagi memilih pemain terbaik. Undian tersebut boleh dibuat di laman web official Manchester United. Jadi, untuk bulan September, keputusan undian telah diperolehi hasil undian dari peminat-peminat seluruh dunia.

Dan keputusannya ialah Rafael da Silva, defend kanan yang kental dan sentiasa bersemangat untuk menghalang penyerang menjaringkan gol. Dia telah diturunkan dalam semua perlawanan Liga Inggeris untuk setakat ini. Dia yang suka membuat overlap telah membuat beberapa hantaran dan telah membantu membuat hantaran kepada penyerang bagi menghasilkan gol.

Dia juga adalah pemenang bagi jaringan tercantik bulan ini. Jaringan tersebut dilakukan ketika menewaskan Liverpool di Anfield bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris. Jaringan tersebut sememangnya menjadi sebutan bukan sahaja kepada peminat Man. United tetapi juga beberapa pengulas sukan di sana.


Semoga dengan kemenangan ini akan meningkatkan lagi tahap permainannya dan akan terus cemerlang bagi membantu Man.United memenangi lebih banyak piala.

Berita 2:
Rooney dan Welbeck, masing-masing menjaringkan 2 goal untuk membantu England mengalahkan San Marino 5-0 di Stadium Wembley untuk kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Tom Cleverly dan Theo Welcott melakukan assist kepada gol-gol tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR