Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, October 31, 2012

GAGAL ULANGI KEMENANGAN LALU

5-4. Itulah keputusan perlawanan antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge awal pagi tadi dalam pusingan ke 4 Piala Capital One 2012/2013. Dengan kekalahan tersebut, pemain, jurulatih dan semua peminat Man. United boleh mengucapkan selamat tinggal untuk piala ini.
Saya sanggup untuk tidak tidur bagi menyaksikan perlawanan ini tapi hampa apabila perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Pemain pertahanan muda Man. United, Wootton melakukan kesilapan pada minit-minit akhir permainan untuk membolehkan Hazard menjaringkan penalti apabila Ramirez dijatuhkan dalam kotak penalti.

Entah kenapa hati saya ini berat mengatakan perlawanan kedua-dua pasukan ibarat seperti sedang berlatih. Mereka tidak menunjukkan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Contoh yang paling ketara ialah jaringang gol ke3 United oleh Nani. Defend kelihatan tidak bersemangat untuk menahan asakan tersebut dan dengan senang Nani dapat menjaringkan gol. Adakah wujud sistem mengatur perlawanan pada perlawanan tadi?

Walau bagaimanapun, keputusan telah diketahui dan kita telah kehilangan satu piala. Piala Capital One ini mungkin rendah standardnya tapi bagi peminat, apabila pasukan memenangi piala, itulah kebanggaan peminat apabila melihat pasukan berjaya merangkul piala.

Pada perlawanan pagi tadi, Sir Alex menurunkan pemain muda kecuali Anderson, Rafael, Giggs, Fletcher dan Welbeck yang berada dalam skuad senior. Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan keputusan separuh masa pertama adalah 2-1. Masuk babak kedua, Chelsea menukarkan beberapa pemain muda dengan pemain senior maka corak perlawanan mula merubah. Chelsea mengawal permainan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan.

Pada masa tambahan, Chelsea membuktikan yang mereka benar-benar ingin membalas dendam kepada Man. United. 2 gol ditambah oleh Chelsea dan Giggs menjaringkan penalti pada lewat permainan untuk menjadikan keputusan 5-4.

Dilihat pada sudut positif, Man. United tidak lagi perlu memberi tumpuan pada piala ini dan dapat menyiapkan pasukan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-juara dan Piala FA nanti.

Tahniah buat pemain muda yang menunjukkan komitmen dan mutu permainan yang boleh dibanggakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR