We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, March 4, 2012

MISI BALAS DENDAM TERCAPAI



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

gembira tak terkata. itulah perasaan saya apabila pengadil meniup wisel tamat perlawanan yang mengisytiharkan kemenangan kelantan ke atas pasukan negeri sembilan..

jaringan kemenangan yang hadir pada masa tambahan separuh masa kedua sudah cukup untuk menghadiahkan 3 mata buat pasukan kelantan dan kemenangan semalam merupakan cukup indah kerana kita berjaya membalas dendam ketika tewas pada lawan yang sama ketika kejohanan piala sumbangsih pada awal musim lalu..

terima kasih harus kita ucapkan kepada semua pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi memenangi perlawanan semalam dan yang paling kita ucapkan terima kasih ialah s. chanturu yang menjaringkan gol kemenangan semalam. tidak lupa juga buat piya aka badri yang berjaya menjaringkan gol seawal minit ke dua.

pada perlawanan semalam, kelantan terpaksa mencuba kombinasi penyerang yang baru iaitu ramzul dan farhan yang pertama kali digandingkan pada musim ini. mungkin kerana kurang digandingkan, permainan yang dipamerkan agak kurang memberangsangkan dan jika diberi peluang, mungkin ramzul dan farhan boleh membuktikan sesuatu untuk pasukan..

pertahanan amat kukuh pada separuh masa pertama tapi selepas subramaniam diganti dengan farisham, pertahanan agak goyah dan kerap kali diceroboh oleh penyerang negeri sembilan..

perlawanan semalam juga dipenuhi dengan terjahan keras oleh pasukan negeri sembilan sehingga mencederakan beberapa pemain kelantan. ini amat merugikan pasukan kelantan yang akan menghadapi pasukan dari vietnam pada 7 mac nanti.

nampaknya, jurulatih baru kelantan terpaksa memikirkan kesebelasan yang cukup mantap bagi menghadapi lawan yang lebih berpengalaman di dalam peringkat kejohanan asia ini..

apa pun sebagai penyokong setia, saya akan terus menyokong pasukan kelantan dan akan mendoakan agar kemenangan akan menjadi milik kita..

gomo kelate gomo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR