We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, February 27, 2012

KEMENANGAN DRAMATIK


Semalam, manchester united telah berjaya mengalahkan norwich city di tempat lawan dengan keputusan 2-1. gol man united dijaringkan oleh paul scholes dan ryan giggs.

pada perlawanan semalam, man.united kelihatan agak sukar untuk menembusi pertahanan lawan dan sebaliknya pertahanan man.united yang perlu bekerja keras menahan asakan tuan rumah yang mencari gol penyamaan selepas ketinggalan oleh gol man.united yang dihasilkan pada separuh masa pertama hasil tandukan scholes.


bermula separuh masa kedua, man.united terus diasak oleh penyerang norwich dan kelihatan pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai bola berbanding man.united. pada minit ke 84, hasil hantaran ke dalam kotak penalti, holt yang tidak dikawal dengan baik oleh pertahanan man.united membuat jaringan melangkaui penjaga gawang united, de gea.

kelihatan perlawanan akan berakhir dengan keputusan seri, hasil hantaran young, giggs menyambut hantaran tersebut dengan baik dan memberi man.united tiga mata penting bagi memberi tekanan terhadap man.city yang gah di atas liga dengan kelebihan 2 mata.

dengan kemenangan semalam, man.united masih di landasan yang baik untuk mempertahankan piala liga perdanan inggeris yang mesih mempunyai 11 perlawanan untuk ditamatkan. semoga kemenangan terus menjadi milik man.united.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR