We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, March 17, 2012

SELAMAT TINGGAL PIALA LIGA EROPAH



selamat jalan, sayonara buat piala liga eropah. itulah ucapan buat pemain dan penyokong manchester united setelah kita ditewaskan oleh pasukan yang lebih kuat. dengan kekalahan itu, manchester united hanya ada 1 lagi piala yang perlu dikejar dan dipertahankan iaitu piala liga perdana inggeris. jika dilihat pada prestasi semasa, tidak mustahil the red devils akan berjaya mempertahankan piala liga inggeris yang dimenangi pada tahun lepas.

berbalik kepada piala liga eropah ini, pada perlawanan pertama, ketika perlawanan diadakan di old trafford, manchester united telah dikalahkan oleh athletic bilbao dengan jaringan 3-2. jadi manchester tidak berjaya membalas dendam ke atas kekalah tersebut.

seingat saya, manchester united agak kurang bernasib baik setiap kali bertemu dengan kelab dari sepanyol. jika diimbas rekod lalu, kelab dari sepanyol telah banyak kali mengecewakan manchester dalam kejohanan eropah ini.



jika manchester ingin menjadi kelab yang digeruni, saya rasa elok seorang pemain tengah yang mempunyai kemahiran tinggi dari segi kawalan bola, hantaran tepat supaya dapat membuka peluang untuk penyerang menjaringkan gol. bukan saya nak merendahkan pemain tengah yang ada tetapi jika seorang pemain tengah yang hebat dicari, ia pasti akan mempengaruhi corak permainan manchester.

jadi, saya harap sir allex akan cuba untuk mendapatkan pemain tengah dan penyerang lebih baik bagi menjadikan pasukan menchester united lebih digeruni lagi.

lupakan kekalahan ini dan tumpukan pada liga perdana inggeris yang masih berbaki 10 perlawanan lagi.

diinsipirasi oleh Click Here!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR