We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, March 17, 2012

BERJAYA KALAHKAN PERAK



itulah keputusan perlawanan semalam yang disiarkan pada tv1 semalam. kedua-dua jaringan hadir pada separuh masa pertama dan yang kedua-dua gol itu dijaringkan oleh 2 pertahanan kiri dan kanan kelantan.

gol pertama hadir pada minit ke10 hasil sepakan percuma yang disempurnakan oleh daudsu pada jarak 40 meter daripada gol pasukan perak. gol ini juga terhasil disebabkan oleh kesilapan penjaga gol perak yang tersilap membuat agakan lalu menyebabkan bola tersebut tidak dapat dihalang dan memberi kelantan gol pendahuluan.

gol kedua pula juga melalui sepakan percuma tapi kali ini disempurnakan oleh pertahanan kiri kelantan. yang tadi pertahanan kanan. zairul fitree atau ropi menyepak deras melepasi benteng yang dibuat oleh pertahanan perak lalu menerjah jaring yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol perak.



dengan kemenangan semalam, kelantan terus berada di takhta liga super dengan 20 mata mendahului terengganu di tengga kedua dengan 19 mata.

mengenai corak permainan kelantan semalam, saya tengok banyak yang perlu diperbaiki terutamanya bahagian serangan yang tumpul. pemain import yang diturunkan semalam nwoha agak kurang berkesan dan jarang sekali melihat dia membuat percubaan ke gawang perak. saya rasa farhan dengan nwoha kurang berkesan jika digandingkan bersama.

kelantan semalam menggunakan hantaran pendek dan ini membolehkan kelantan menguasai perlawanan pada separuh masa pertama tapi memasuki separuh masa kedua, pertahanan kelantan mula diserang oleh penyerang perak. nasib baik penjaga gol kelantan, berjaya menghalang beberapa percubaan.

tahniah juga buat pemain pertahanan yang kental bertahan bagi memastikan gawang kelantan tidak dibolosi. sesungguhnya obina memang seorang pertahanan yang bagus kerana bijak mengawal penyerang perak dan menyusun rakan-rakan supaya pertahanan kelantan dapat menyerap semua serangan perak.

saya yakin dan pasti jika kelantan meneruskan corak permainan yang seperti semalam atau lebih baik lagi, liga super pasti akan dapat dipertahankan.

gomo kelate gomo..

diinspirasi oleh Click Here!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR