We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, March 28, 2012

MENANG DI OLD TRAFFORD

Pada pagi kelmarin, pasukan the red devils telah menerima kunjungan The Cottagers,fulham di old trafford dan mereka telah mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 1-0. gol tersebut dijaringkan oleh rooney yang menerima hantaran evans yang bijak memanfaatkan peluang di depan pintu gol fulham. pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah menguasai perlawanan hampir 60 peratus tapi peluang untuk menambah gol tidak berjaya kerana kegopohan penyerang dan kekentalan pertahanan fulham.



bahagian tengah dikuasai oleh manchester united dan pertahanan yang dikawal oleh ferdinand juga hebat menyerap asakan lawan dan berjaya menghalang penyerang menjaringkan gol yang dikawal oleh de gea.

 

 kedua-dua pemain sayap manchester juga amat berbisa dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan banyak membuat hantaran kepada penyerang tapi tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh penyerang. perlawanan semalam juga terselit kontroversi apabila pengadil tidak memberikan penalti kepada fulham. carrick telah menjatuhkan murphy dalam kotak penalti tetapi pengadil mengatakan itu adalah tackle yang bersih. dengan kemenangan semalam, manchester united menjarakkan mata dengan pasukan kedua, manchester city dengan 3 mata. dengan perlawanan berbaki 8 perlawanan lagi, manchester united dikatakan tiada masalah untuk mempertahankan kejuaran tapi perlau sentiasa waspada dengan pasukan lain yang sememangnya ingin mengalahkan manchester united. p/s : control game tapi gol sebijik jer..nak wak macam mana, dulham memang pasukan yang kuat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR