We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, March 29, 2012

KEDAH MENANTI DI SEPARUH AKHIR PIALA FA 2012

Pada hari selasa yang lalu, kelantan telah mengesahkan slot ke pusingan suku akhir piala fa 2012 apabila berjaya mengalahkan wakil liga fam, spa kl fc dengan keputusan 2-0. gol-gol kelantan dijaringkan oleh norfarhan dan penyerang import, nwoha.. dengan kemenangan 2-0 itu, kelantan mengalahkan spa kl fc dengan aggregat 5-0. pada pusingan separuh akhir, kelantan akan bertemu pasukan hijau kuning pada 21 april nanti di kota bharu..



 mengulas mengenai perlawanan tersebut, seperti perlawanan pusingan pertama, kelantan menguasai sepenuhnya perlawanan yang berlangsung di kota bharu itu. sememangnya spa kl fc bukan tandingan kelantan yang menurunkan dua awang import manakala pasukan mereka tidak mempunyai seorang pun pemain import..

 

 isu yang paling hangat dibicarakan selepas perlawanan itu ialah berakhirnya kemarau gol pemain import kelantan, nwoha yang berjaya menjaringkan gol kedua. sebelum jaringan itu, dia telah diberikan sepakan penalti tetapi sepakannya terkena tiang. nampaknya nwoha berjaya menjaringkan gol untuk kelantan pada perlawanan ke enamnya bersama pasukan kelantan. dia berjanji di dalam akhbar, dia akan menjaringkan 10 gol untuk kelantan musim ini dan kita sama-sama saksikan adakah dia akan berjaya. norfarhan juga telah membuktikan kepada jurulatih kelantan, bojan hodak bahawa dia adalah antara penyerang terbaik kelantan dan mampu mengisi kesebelasan utama kelantan. dia telah menjaringkan 3 gol dalam perlawanan menentang spa kl fc ini. pada bahagian tengah pula, bojan tidak menurunkan kapten kelantan, badri radzi. dia mungkin direhatkan bagi menhadapi saingan liga super pada hari sabtu nanti. sememangnya bahagian tengah dikuasai sepenuhnya oleh pemain kelantan dan spa kl fc tidak mampu untuk mengawal bahagian tengah.. pada bahagian pertahanan pula, jurulatih tetap menurunkan obbina,pertahanan kekal kelantan yang berjaya menghalang penyerang spa kl fc menjaringkan gol. pada pendapat saya, perlawanan dengan spa kl fc adalah perlawanan yang boleh dianggap mudah bagi saya kerana kelantan dilihat mudah mengalahkan pasukan ini. selepas ini, kelantan harus menyiapkan pemain dengan kekuatan mental dan fizikal yang lebih kuat kerana akan menentang kedah di saiangan separuh akhir nanti. sama-sama kita saksikan perlawanan tersebut dan berdoa agar kelantan akan mengalahkan kedah di kota bharu. gomo kelate gomo.. p/s : lagu mano la separuh akhir nanti? harap2 pemain utama hok cedero de sembuh. sedap sikit kelate nati bilo lawe kedah nanti. tok la debar sanagt..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR