Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, March 25, 2012

SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR PIALA FA 2012



Semalam, pasukan the red warriors telah meletakkan sebelah kaki ke peringkat separuh akhir piala fa 2012 apabila menewaskan pasukan spa fc dengan keputusan 3-0. gol2 kelantan dijaringkan oleh ketua pasukan kelantan, badri dan 2 gol dari norfarhan. kelebihan 3 gol ditempat lawan akan dibawa kelantan ke pusingan kedua suku akhir yang akan diadakan di kota bharu 27 mac ini.




pada perlawanan semalam, kelantan mengawal permainan tetapi spa fc bukan calang-calang pasukan. spa fc juga berjaya membuat serangan dan serangan mereka nyaris membuahkan hasil tetapi percubaan mereka terkena tiang.

penyerang import kelantan, nwoha dilihat cemerlang semalam apabila dua hantaran beliau berjaya disudahkan oleh norfarhan. ini menunjukkan nwoha mungkin sudah mula menemui rentak permainan dengan pasukan kelantan dan tidak mustahil dia akan menjaringkan gol pada perlawanan kedua di kota bharu nanti.

pertahanan kelantan dilihat tidak sangat diuji oleh pasukan lawan dan kawasan tengah dikuasai oleh pemain kelantan.

secara keseluruhannya, kelantan pasti akan ke pusingan separuh akhir dan kita akan menunggu perlawanan antara kedah dengan t-team. kita tidak perlu risau siapa yang akan menjadi lawan kita tapi apa yang pasti setiap pemain harus bersedia dari fizikal dan mental bagi menghadapi perlawanan yang akan datang.

saya dan penyokong lain amat berharap agar piala fa 2012 akan menjadi milik kita.

gomo kelate gomo.

p/s : main koto bharu nanti mesti mene, kawe cayo ko pahlawe merah kito
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR