We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, March 22, 2012

TEWAS DI TEMPAT LAWAN



Petang semalam, kelantan telah ditewaskan oleh pasukan tuan rumah, ayeyawady fc dari myanmar dengan keputusan 3-1 dalam saingan piala konfidurasi afc. gol kelantan dijaringkan oleh penyerang lubnan, gaddar.

dari rakaman youtube dan komen2 dari facebook, dapat saya buat sedikit pendapat di sini bagi perlawanan semalam. mengikut rakaman yang saya tonton melalui youtube, penyerang kelantan, gaddar gagal memanfaatkan 2-3 peluang di hadapan pintu gol ayeyawady.

gol pertama pasukan lawan hadir melalui jaringan sendiri pemain pertahanan kental kelantan, obinna yang tertendang ke gawang sendiri yang dikawal oleh mohd sarizan.

mengikut komen dari facebook lagi, ada yang mengatakan bahawa gol2 ayeyawady itu terhasil hasil kesilapan pemain pertahanan kelantan sendiri.



pada perlawanan itu juga, kita banyak kehilangan pemain utama iaitu norshahrul, khairul fahmi, subra, azizi mat rose, aziz ismail dan ramai lagi yang merencatkan kekuatan pasukan kelantan.

kebanyakkan komen dari facebook kesal dengan kekalahan semalam tapi saya dan semua penyokong kelantan yakin, kelantan akan meningkatkan prestasi dan akan memenangi baki perlawanan selepas ini. lupakan kekalahan semalam, walaupun perit tapi kita harus menerima realiti.

dengan kekalahan semalam, kelantan menghuni tempat tercorot dari 4 pasukan yang bertanding dengan memiliki 1 mata. selepas ini, the red warriors akan menerima kunjungan pasukan dari indonesia dalam saingan yang sama pada bulan april nanti.

semoga semua pemain akan memperolehi kemenangan pada perlawanan tersebut dan berjaya melangkah ke pusingan yang kedua.

diharap semua penyokong akan mendoakan kejayaan kelantan.

gomo kelate gomo

p/s : nok mene tapi kaloh, nok wak gano, pemain lawe sedap lagi main daripado kito..pahtu main tempat demo pulok, meme sedap la demo bubuh. mari tempat kita nanti, kita bubuh dia pulok..heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR