We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, January 7, 2014

KALAH LAGI - UNITED PERLUKAN PERUBAHAN

Kalah buat kali ketiga berturut-turut. Itulah situasi Manchester United sekarang. Pada perlawanan pagi tadi, United tewas di tempat lawan dengan keputusan 2-1 kepada tuan rumah, Sunderland di Stadium of Light dalam saingan Piala Carling bagi perlawanan pertama separuh akhir.


Giggs tertampan bola ke gawang sendiri apabila diasak oleh pemain Sunderland.

Mengikut laporan, corak permainan United tidak merbahaya dan semangat pemain utama pada perlawanan tersebut juga dipertikai apabila dikatakan seperti tidak bersemangat. Beberapa pemain menunjukkan mutu permainan yang teruk. Cleverly, Valencia dan Giggs dikatakan kurang berkesan dan ramai berpendapat, United harus mencari pemain baru.

Ramai penyokong menyalahkan David Moyes tentang perlawanan semalam sedangkan apa yang diperhatikan, pemain yang diturunkan tidak memberikan persembahan secukupnya dan ramai mengakui bahagian pertahanan harus diperbaiki. Jonny Evans dilihat tidak mampu mengetuai bahagian pertahanan United apabila mudah dibolosi dan sering melakukan kesilapan mudah.

Selain pertahanan, bahagian serangan juga perlukan muka baru. Ini sangat penting kerana Hernandez dan Welbeck dilihat tidak produktif dalam menghasilkan gol. David Moyes juga harus mencari pemain tengah yang betul-betul berkualiti. Kepincangan bahagian tengah ini berlaku setelah kecederaan melanda Carrick dan juga Rooney.

Sesuatu harus dilakukan oleh United dan David Moyes supaya United terus gah sebagai sebuah pasukan yang digeruni di England. Tidak mustahil satu lagi rekod akan dipecahkan jika Moyes dan bahagian pengurusan tertinggi tidak mencari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Sunderland mungkin boleh menjadikan United sebagai mangsa terbaru mereka selepas ini setelah berjaya menyekat Chelsea mara ke saingan separuh akhir.

Pertemuan di Old Trafford nanti, United harus mencari kemenangan bagi menaikkan semangat penyokong dan juga semangat pemain. Buat masa ini hanya kemenangan yang mampu membantu United kembali kepada tahap yang sebenar.

Sama-sama kita nantikan kebangkitan United

Go Go United
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR