We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, January 6, 2014

MENANG KE ATAS PERLIS-SHAWKY PAMER PENGALAMAN

Ghaddar menjaringkan gol pertama perlawanan hasil hantaran Shakir Ali.

3-1 hasil jaringan Ghaddar, Wan Zaharulnizam dan Fakri memberi kegembiraan kepada penyokong Kelantan FA yang hadir di Stadium Sultan Muhammad ke 4 semalam.


Ramai penyokong memuji aksi pemain Kelantan FA terutamanya pemain import dari Mesir, Shawky yang bijak mengawal bahagian tengah sehingga menenggelamkan kapten marvel kita, Piya. Bahagian pertahanan juga tidak menghampakan dan dengan gandingan pemain muda, lama dan baru, saya yakin Kelantan FA mampu menandingi pasukan-pasukan lain.

Pada perlawanan semalam, Perlis terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua apabila pemain mereka dibuang padang akibat kekasaran ke atas Shawky.

Perlawanan semalam juga menyaksikan kehebatan gandingan antara Forkey Doe dan Fakri dan tidak mustahil gandingan ini boleh memberi kejayaan kepada Kelantan FA. Tidak lupa juga Shakir Ali yang bermain pada separuh masa pertama sudah mendapat keserasian dengan Ghaddar dan juga pemain lain.

Saya  yakin dengan semangat pemain dan juga semangat dan sokongan kuat penyokong, Kelantan FA mampu menggapai sekurang-kurangnya satu piala untuk musim hadapan.

Saya juga akan terus menyokong skuad Kelantan FA dalam apa keadaan sekalipun kerana saya adalah anak Kelantan.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR