Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, January 5, 2014

KALAH DI OLD TRAFFORD-GOOD BYE PIALA FA

Episod duka bertambah bagi pasukan Manchester United apabila tewas lagi di Old Trafford. Kali ini dalam saingan Piala FA tewas di tangan Swansea City 1-2.


Dengan kecederaan ramai pemain utama, United menurunkan hampir 70 % pemain simpanan di mana David Moyes meletakkan Buttner di sebelah pertahanan kiri dan Rio Ferdinand di pertahanan tengah. Hernandez mengisi skuad utama pagi tadi bergandingan bersama Welbeck bagi posisi serangan United.

Chicarito dihalang pemain Swansea dalam perlawanan pagi tadi. Beliau juga berjaya menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

United terlebih dahulu ketinggalan pada 13 minit permainan tetapi disamakan oleh Hernandez 3 minit kemudian. Bony menjaringkan gol lewat permainan untuk menutup peluang United mara ke pusingan ke 4 dan menambah perit United di laman sendiri.

Ketiadaan Rooney dan Van Persie nyata menjadikan pasukan United berada pada tahap rendah dan David Moyes harus mencari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kedudukan dan corak permainan United yang semakin kurang berkesan. Pemain simpanan yang diturunkan tidak mampu mempamerkan aksi yang baik dan semestinya Moyes harus mencari pemain tambahan atau mencuba pemain muda United dalam usaha mengembalikan kegemilangan United.

Dengan kekalahan itu, United terkeluar dari saingan Piala FA musim ini dan boleh mencuba pada tahun hadapan. United sekarang boleh menumpukan perhatian kepada Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-juara dan Piala Carling. Semoga United terus berusaha agar segala piala yang diburu berjaya digapai oleh pasukan.

Go Go United


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR