We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, January 3, 2014

JADUAL LIGA SUPER TELAH KELUAR-PERLAWANAN PERTAMA DI KOTA BHARU



Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, liga kebanggaan negara kita, Malaysia akan bermula. Ramai peminat sudah mula tak sabar untuk menyaksikan siapakah yang menjadi lawan pasukan kegemaran mereka pada perlawanan pertama mereka. Peminat juga pasti ingin mengetahui jadual bagi liga super kebanggaan kita itu.


Akhirnya jadual yang dinanti-nantikan telah muncul. Berikut adalah JADUAL LIGA SUPER 2014 bagi perlawanan yang melibatkan Pahlawan Merah kebanggaan kita.

Pusingan Pertama:

1. TRW v Sime Darby FC 18.1.14 Sabtu
2. Sarawak FA v TRW 25.1.14 Sabtu
3. TRW v PKNS FC 28.1.14 Selasa
4. Perak FA v TRW 8.2.14 Sabtu
5. TRW v T-Team FC 15.2.14 Sabtu
6. Lions XII FC v TRW 8.3.14 Sabtu
7. TRW v Pahang FA 15.3.14 Sabtu
8. Selangor FA v TRW 22.3.14 Sabtu
9. TRW v JDT FC 25.3.14 Selasa
10. Terengganu FA v TRW 29.3.14 Sabtu
11. TRW v ATM FC 5.4.14 Sabtu

Pusingan kedua:

12. ATM FC v TRW 12.4.14 Sabtu
13. Sime Darby FC v TRW 15.4.14 Selasa
14. TRW v Sarawak 19.4.14 Sabtu
15. PKNS FC v TRW 10.5.14 Sabtu
16. TRW v Perak FA 17.5.14 Sabtu
17. T-Team FC v TRW 24.5.14Sabtu
18. TRW v Lions XII FC 10.6.14 Jumaat
19. Pahang FA v TRW 14.6.14 Sabtu
20. TRW v Selangor FA 17.6.14 Selasa
21. JDT FC v TRW 21.6.14 Sabtu
22. TRW v Terengganu FA 25.6.14 Rabu


Nampaknya perlawanan pertama, Kelantan FA menerima kunjungan pendatang baru Liga Super Malaysia, Sime Darby FC. Adakah Kelantan FA yang kehilangan ramai tonggak utama musim lalu berjaya menggapai kemenangan pertama di bawah jurulatih baru, Steve Darby yang menggantikan Bojan Hodak? Sama-sama kita nantikan 18 Januari ini di stadium keramat kita.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR