2-2. Itu lah keputusan perlawanan antara Kelantan FA dan Pahang FA yang berlangsung di Kota Bharu pada hari Sabtu yang lalu. Gol seawal minit pertama oleh Badri Radzi a.k.a Piya dan Khairul Izuan bagi Kelantan FA.
Pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai, Kelantan FA berjaya menembusi gol Pahang seawal minit pertama apabila sepakan Piya (gambar) gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Pahang untuk gol pertama Kelantan FA. Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan ke gawang lawan masing-masing.
Pahang FA yang dilihat bermain lebih tersusun berjaya menjaringkan gol hasil jaringan pertahanan yang bermula dari sepakan sudut Azidan. Selepas itu, kedua-dua pasukan berterusan merencana serangan bagi menghasilkan gol tetapi tidak berjaya. Keputusan 1-1 sama kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan dan Pahang berjaya di depan apabila Faizul yang tidak dikawal, mudah menolak masuk bola ke gawang yang sudah terbuka luas. Selepas gol tersebut, Kelantan FA terus melancarkan serangan bagi mencari gol penyamaan.
Bagi menambah sengat pada bahagian serangan, Steve Darby menggantikan Fakri yang mengalami kecederaan dengan Khairul Izuan. Percaturan itu berhasil apabila Khairul Izuan menjaringkan gol penyamaan dalam 10 minit akhir perlawanan untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Dengan keputusan tersebut, Kelantan FA terpaksa menghuni tangga kedua liga apabila dipintas jiran sebelah, Terengganu FA yang berjaya menewaskan JDT 1 dengan keputusan 1-0. Walaupun berkongsi 13 mata, Terengganu FA berkelebihan 1 perlawanan.
Apa yang saya dapat perhatikan dari perlawanan tersebut ialah kelemahan corak permainan Kelantan FA. Pertama saya sentuh bahagian serangan yang tumpul. Walaupun banyak peluang terhidang, Fakri dan Forkey tidak mampu menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.
Bahagian tengah juga dilihat agak tenggelam. Pahang FA dilihat menguasai bahagian tengah kerana pemain mereka menggunakan hantaran pendek dan mereka berjaya membuatkan pemain tengah Kelantan FA hilang punca.
Bahagian pertahanan adalah yang paling banyak perlu diperbaiki. Kelantan FA lemah disetiap bahagian kiri dan kanan termasuk pertahanan tengah kecuali Obinna yang sentiasa merantai rakan senegaranya, Dickson yang berbahaya ketika mendapat bola. Farisham dan Zairul Fitree kerap melakukan kesilapan dan off position. Jika terus diamalkan begitu, Kelantan FA pasti akan menerima kekalahan.
Penyelesaian yang saya dapat cadangkan kepada Steve Darby ialah gandingkan semula Nik Shahrul Azim dengan Obinna dan dapatkan penyerang baru yang lebih berbisa. Penyerang yang ada sekarang dilihat agak sukar untuk menjaringkan gol terutamanya Forkey Doe yang jarang menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan FA.
Selepas ini Kelantan FA akan meneruskan saingan dalam Piala AFC beremu wakil kelab Vietrnam. Semoga kemenangan akan berpihak kepada kita bagi mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan G ini.
Saya bukan nak menunjuk pandai tapi saya cuma meluahkan pendapat. Saya tau Steve Darby takkan baca pendapat saya ini. Saya cuma ingin berkongsi kepada anda semua.
Sekian..
BLOG TENTANG PASUKAN KELANTAN (THE RED WARRIORS) DAN MANCHESTER UNITED (THE RED DEVILS) MENGENAI BERITA, KEPUTUSAN PERLAWANAN DAN ULASAN DARI PEMILIK BLOG
Pages
Sunday, March 16, 2014
SERI DI LAMAN SENDIRI - TAKHTA DIRAMPAS TERENGGANU
Labels:
LIGA SUPER 2014
,
PAHANG
,
SERI
,
TERENGGANU
SERI DI LAMAN SENDIRI - TAKHTA DIRAMPAS TERENGGANU
2014-03-16T23:41:00-07:00
Unknown
LIGA SUPER 2014
|
PAHANG
|
SERI
|
TERENGGANU
|
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ARTIKEL POPULAR
-
Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.
-
Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (j...
-
Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diada...
BLOG KEGEMARAN SAYA
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-