We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, March 23, 2014

TEWAS KALI KE 3 - FORKEY DOE SIAKAN PENALTI

0-1. Kelantan FA tewas di laman Selangor FA hasil sepakan penalti Rangel pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberi kekalahan ke 3 kepada Kelantan FA musim ini.


Saya ingin luahkan pendapat saya mengenai perlawanan malam ini dan saya sangat se5uju dengan kata pengulas astro arena, Kelantan FA telah berubah. Apa yang berubah? Penyokong setia Kelantan FA pasti mengetahui akan hal ini.

Pada pendapat saya, perubahan ketara Kelantan FA  pada musim ini ialah corak permainan yang semakin teruk. Saya sangat bersetuju apabila pengulas mengatakan corak permaianan Kelantan FA kurang tersusun dan hantaran yang kurang tepat. Secara jujurnya saya lebih suka melihat Kelantan FA bermain secara hantaran pendek.

Kenapa saya memilih hantaran pendek? Kerana kita menjadi juara treble dengan kaedah tersebut. Tapi sekarang apa yang saya lihat masa lawan Selangor, Lion 12 dan Pahang, hantaran bola jauh dan kerap hilang bola menyebabkan benteng pertahanan kerap diasak. Selain itu, bahagian tengah kerap tenggelam apabila hantaran panjang dilakukan dan penyerang juga susah untuk mengawal bola yang dihantar apabila diapit oleh pertahanan lawan.

Memang pedih apabila melihat pasukan yang disokong mengalami kekalahan tetapi kalu permainan cantik dan percubaan demi percubaan dilakukan ke arah gol lawan, saya rasa kalah macam tu lebih baik dari kalah dengan permainan yang langsung tidak menarik. Banyak kali saya perhatikan, hantaran dari bahagian pertahanan kepada penyerang masih dilakukan walaupun penyerang tersebut telah dikelilingi oleh pertahanan lawan.

Kelantan FA perlu kembali kepada corak hantaran pendek dan bahagian tengah harus kembali bertenaga agar berjaya membuka peluang bagi penyerang menjaringkan gol. Hanya dengan hantaran pendek, Kelantan FA mampu mengalahkan pasukan lawan walaupun menggunakan tenaga pemain muda terutamanya Tuan Faim yang semakin kerap diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Forkey Doe gagal jaringkan penalti ketika bertemu Selangor FA sabtu lalu menjadikan dia kurang disenangi penyokong Kelantan FA.

Berkenaan penalti yang gagal dijaringkan oleh Forkey, saya melihat Forkey bersahaja ketika mengambil tendangan tersebut. Dia sepatutnya bijak dan bertenang. Saya tau tekanan yang dihadapinya ketika mengambil tendangan tersebut kerana saya pun pernah beberapa kali gagal menjaringkan penalti. Saya berharap Forkey akan lebih bijak dalam permainan dan dalam mengambil sepakan penalti kerana namanya semakin disebut-sebut oleh penyokong Kelantan FA untuk disingkirkan dari pasukan Kelantan FA.

Bertemu JDT di Kota Bharu pastinya akan menguji kemampuan Kelantan FA musim ini. Jika menang, Kelantan FA mungkin telah memperbaiki kelemahan ketika bertemu Selangor FA tetapi jika tewas, itu bermakna Kelantan FA perlu lakukan perubahan agar terus dapat bersaing dalam saingan Liga Super musim ini.

Semoga Kelantan FA akan terus menang dan menang bagi merampas kembali kejuaraan Liga Super musim ini.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR