We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, March 18, 2014

KALAH DI LAMAN SENDIRI - 2 KAD MERAH PEMUSNAH PASUKAN

2-3. Itulah keputusan perlawanan yang menyaksikan Kelantan FA mengalami kekalahan pertama di laman sendiri dalam saingan Piala AFC musim 2014 ini kepada kelab dari Vietnam, Vissai Ninh Binh FC. Dengan kekalahan itu, Kelantan FA kekal di tangga ke 3 Kumpulan G dengan 3 mata dari 1 kemenangan dan 2 kekalahan.

Syakir Ali menerima kad merah semalam seawal minit ke 21 selepas menyepak kapten pasukan lawan.


Pada perlawanan tersebut, 2 pemain Kelantan FA dianugerahkan kad merah akibat kebodohan mereka sendiri. Shakir Ali menempah kad tersebut seawal minit ke 21 apabila dia menyepak kapten pasukan lawan. Beliau mendakwa dipijak oleh pemain tersebut. Kad kedua juga dirangkul oleh penyerang yang telah menjaringkan gol kedua Kelantan FA, Khairul Izuan. Dia diberikan kad merah selepas menyepak pemain lawan pada bahagian luntut betul-betul di hadapan pengadil. Sebab itu saya kata kebodohan pemain.

Lupakan kad merah. Berbalik ke perlawanan semalam. Kelantan FA terlebih dahulu ketinggalan hasil jaringan penyerang lawan sebelum disamakan jaringan oleh Nazri Ahmad melalui sepakan percuma kaki kiri yang melencong ke sebelah kiri gol lawan. Gol kedua Kelantan FA hadir melalui sentuhan Khairul Izuan dalam masa tambahan separuh masa pertama. Dia yang tidak dikawal, mudah menyepak masuk bola hasil hantaran Wan Zaharul Nizam untuk Kelantan FA mendahului perlawanan bagi separuh masa ke pertama.

Bermula babak kedua, selepas Kelantan FA bermain dengan 9 pemain, pihak lawan terus menyerang gawang Kelantan FA dan berjaya menjaringkan gol ketiga mereka menerusi awang import yang tidak dikawal. Kemasukkan Piya dan Shawky banyak membantu pasukan tetapi semuanya sudah terlambat.

Apa yang dapat saya perhatikan pada perlawanan semalam, ada beberapa perkara yang boleh dipuji dan ada perkara buruk yang harus dibuang. Pertama, saya amat memuji tindakan Steve yang menurunkan pemain muda pada kesebelasan utama semalam. Di samping memberi pendedahan, pemain utama juga dapat berehat dan pulih dari kecederaan bagi memenuhi jadual perlawanan yang padat.

Perkara buruk pula, pada pendapat saya, pemain tidak dapat mengawal emosi dan hantaran yang tidak tepat. Shakir Ali dan Khairul Izuan seharusnya memanfaatkan peluang bermain kesebelasan utama semalam. Walaupun Shakir dikasari tetapi tindakan balasnya adalah tidak profesional. Begitu juga dengan Khairul Izuan. Jika terlepas bola, kejar dan dapatkan balik dengan cara yang betul. Bukan menyepak lawan. Itu yang harus diperbaiki dengan keadaan pemain yang semakin ramai tercedera dan jadual yang padat, memiliki kad merah akan menambah beban pasukan.

Sebenarnya pasukan Kelantan FA berada dalam keadaan tekanan yang tinggi. Jadual liga yang padat, kecederaan pemain dan tekanan penyokong meletakkan Steve Darby dalam tekanan yang tinggi.

Kalah menang adat perlawanan. Yang kalah jadikan pengajaran, yang menang teruskan momentum dan kita penyokong, teruskan menyokong pasukan kebanggaan kita. Kita terus menyokong Kelantan FA dalam saingan Liga Super Malaysia 2014 bertemu Selangor di Shah Alam, sabtu ini.

Panjatkan doa agar kemenangan berpihak kepada kita bagi meneruskan tekanan kepada Terengganu FA yang selesa mendahului liga dengan kelebihan 1 perlawanan.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR