Kemenangan 4-0 ke atas Queen Park Rangers amat menggembirakan penyokong dan peminat Manchester United seluruh dunia. Setelah 3 perlawanan liga berlalu dengan seri dan kekalahan, Van Gaal akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama di saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Perlawanan ini juga menyaksikan kembalinya pertahanan kental United 12 tahun dahulu ke Old Trafford. Rio Ferdinand yang menyertai QPR musim ini telah diberikan penghormatan oleh Sir Bobby dan juga penyokong United.
Jaringan dari 2 pemain lama dan pemain baru United membuktikan bahawa United berada dalam situasi yang sangat berbeza pada perlawanan sebelum ini. United membuka jaringan menerusi sepakan percuma Di Maria dan disusuli jaringan seorang lagi pemain baru, Herrera untuk jaringan kedua United hasil umpanan Di Maria dari sebelah kiri. United mendahului QPR pada separuh masa pertama dengan jaringan 3-0 apabila Rooney berjaya menjaringkan gol dari luar kotak penalti.
Bersambung babak kedua, United terus menekan pasukan pelawat dan berjaya menambah jaringan melalui Juan Mata yang menerima hantaran Di Maria untuk gol ke4 United. Van Gaal seperti ingin menambah sengat pasukan apabila telah menurunkan penyerang terbaru United, Falcao. Pemain ini berjaya memperoleh beberapa peluang tetapi berjaya dihalang oleh penjaga gol lawan.
Pada perlawanan ini, Van Gaal telah menurunkan hampir kesemua pemain baru mereka seperti Falcao, Marcos Rojo, Herrera dan juga Blind. Mereka dilihat bermain dengan baik dan berjaya mengawal permainan dengan sempurna terutamanya Blind yang berjaya mengawal bahagian tengah bersama Herrera dan Mata. Di Maria juga telah dinobatkan sebagai Man Of The Match apabila membuat satu jaringan dan 3 hantaran bagi menghasilkan jaringan.
Dengan kemenangan ini, United mengumpul 5 mata hasil 1 kemenangan dan 2 keputusan seri. Kemenangan ini juga telah meletakkan United di tangga ke 9 liga dan berada 1 mata di bawah Liverpool dan Arsenal.
Pada perlawanan ke 5 liga, United akan berkunjung ke King Power Stadium untuk bertemu Leicester City. Hanya kemenangan yang mampu merubah kedudukan liga dan menambah pungutan mata bagi memberi saingan dalam liga. Saya yakin dengan skuad yang dimiliki oleh Van Gaal sekarang, United mampu menduduki tangga ke 3 liga seperti target yang telah diletakkan oleh Van Gaal sendiri bagi musim 2014/2015 ini.
Sama-sama kita nantikan kebangkitan The Red Devils untuk perlawanan seterusnya nanti.
Go Go Manchester United.
BLOG TENTANG PASUKAN KELANTAN (THE RED WARRIORS) DAN MANCHESTER UNITED (THE RED DEVILS) MENGENAI BERITA, KEPUTUSAN PERLAWANAN DAN ULASAN DARI PEMILIK BLOG
Pages
Wednesday, September 17, 2014
KEMENANGAN PERTAMA LIGA-PEMAIN BARU CETUS KEBANGKITAN
Labels:
LIGA PERDANA INGGERIS 2014/2015
,
MENANG
,
QPR
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
KEMENANGAN PERTAMA LIGA-PEMAIN BARU CETUS KEBANGKITAN
2014-09-17T00:43:00-07:00
Unknown
LIGA PERDANA INGGERIS 2014/2015
|
MENANG
|
QPR
|
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Recent comments by
faizmanik 1p
go go mu..terima kasih support my blog
January 28, 2013 08:25:03 Jump to
http://gomomerahgomo.blogspot.com/ / MAKLUMAT KEJOHANAN GOMO MERAH
Comments by IntenseDebate
ARTIKEL POPULAR
-
Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.
-
Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (j...
-
Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diada...
BLOG KEGEMARAN SAYA
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-