Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, April 6, 2012

KUKUH DI TAKHTA LIGA PERDANA INGGERIS

Manchester united telah mengukuhkan kedudukan di takhta liga perdana inggeris apabila mengalahkan pasukan tuan rumah,blackburn rovers di edwood park dengan keputusan 0-2. gol-gol manchester united dijaringkan oleh valencia dan young. kedua-dua gol dijaringkan ketika 10 minit terakhir..



 mengulas mengenai perlawanan tersebut, manchester united mengawal permainan dengan baik dan menguasai hampir 60 peratus penguasaan padang tetapi masih tidak mampu untuk menjaringkan gol. banyak peluang yang dipersiakan oleh penyerang yang diketuai oleh hernandez dan rooney..

 

pasukan tuan rumah juga memiliki beberapa peluang menjaringkan gol tetapi berjaya dihalang oleh pertahanan kental manchester united, evans. kecekapan penjaga gol, david de gea berjaya mengagalkan beberapa percuabaan bahaya tuan rumah yang diketuai oleh yakubu. dengan kemenangan itu, manchester united telah menjarakkan mata dengan pasukan setempat yang juga menghuni tempat kedua liga, machester city kepada 5 mata apabila pasukan itu hanya mampu seri 3-3 dengan sunderland.

 saya yakin, jika manchester united berjaya memenangi semua perlawanan terakhir ini, gelaran liga perdana inggeris buat kali ke-20 akan dijulang. sama-sama kita nantikan perlawanan ke 32 liga apabila the red devils akan menerima kunjungan pasukan datuk tony fernandez di old traford ahad ini.. semoga kemenangan akan menjadi milik kita. p/s : man.city lawan arsenal, kalu kita menang, dia seri, makin senang la nak menang piala tahun ni..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR