We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, April 6, 2012

KEMENANGAN PERTAMA DI AFC

Kelantan telah berjaya mengalahkan pasukan arema fc dari indonesia dengan keputusan 3-0 di stadium sultan muhammad ke IV di kota bharu. perlawanan yang pertama kali diadakan di stadium tersebut juga telah menyaksikan penyerang import dari lubnan, muhammad ghaddar telah menjaringkan hatrik untuk kelantan. kemenangan tersebut ialah kemenangan pertama kelantan dalam saingan kumpulan piala afc..



Mengulas mengenai perlawanan yang diadakan pada hari rabu lalu, pasukan tuan rumah menguasai perlawanan dengan baik apabila banyak membuat serangan ke gawang pasukan arema fc. dua tonggak kelantan, gaddar dan antwi banyak menguji gawang arema. badri, nurul dan chanturu banyak membantu bahagian serangan dan telah membuka banyak peluang untuk penyerang menjaringkan gol tetapi dihalang oleh kecekapan penjaga gol dan kekentalan pertahanan arema fc.. kelantan juga hebat di bahagian pertahanan apabila berjaya menggagalkan beberapa percubaan dari penyerang arema fc. salah satu percubaan pihak lawan berjaya menggegarkan palang gol dan mereka juga berjaya masuk ke dalam kotak penalti kelantan tetapi kerana gopoh, tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.

 

 penjaga gol kelantan yang dikawal oleh sharizan berjaya menghalang beberapa percubaan arema fc. dengan kemenangan tersebut, kelantan menghuni tangga ke tiga kumpulan h dan akan bertemu arema sekali lagi di malang, indonesia pada 10 hb april ini untuk perlawanan timbal balik. sebelum perlawanan tersebut, kelantan akan berkunjung ke kuching pada hari sabtu ini untuk bertemu pasukan sarawak bagi perlawanan seterusnya liga super malaysia. semoga kedua-dua perlawanan tersebut akan dimenangi oleh kelantan. sama-sama kita doakan.. gomo kelate gomo p/s : letih la pemain kelantan macam ni. naik kapal terbang la pemain kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR