We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 24, 2014

KALAH DI BESAR-PERTAHANAN LEMAH DAN PENGADIL BERAT SEBELAH

Ramai sudah mengetahui Manchester United dikalahkan oleh pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Leicester City di Stadium King Power Ahad lalu. Mendahului pasukan tuan rumah 3-1 namun kalah 5-3 akibat dari kesilapan dan mental pertahanan yang lemah.


Saya tak ingin sentuh tentang ketiga-tiga gol United tapi saya ingin huraikan atau kongsikan pendapat saya tentang pertahanan United yang melepaskan 5 gol dalam perlawanan tersebut dan juga beberapa keputusan pengadil yang dilihat agak meragukan.

Gol pertama pada pendapat saya tidak sah kerana melalui rakaman video, bola telah melepasi garisan tetapi pengadil mengesahkan gol tersebut. Apa yang saya perhatikan, gol pertama ini juga melibatkan pertahanan United yang mudah ditembusi. Mungkin sudah tiba masanya, pertahanan kiri yang baru, Shaw diturunkan pada perlawanan di Old Trafford nanti.

Gol kedua pula hadir melalui kesilapan Rafael yang menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti tapi apa yang saya perhatikan, kenapa pengadil tidak memberikan foul sedangkan Rafael dirempuh dalam perebutan bola tersebut. Rafael juga seharusnya menjaga emosi dan mental dan tidak membalas balik kesalahan pemain lawan sehingga diberikan penalti.

Gol ketiga pula adalah hasil rembatan pemain veteran Argentina, Cambiasso akibat kesilapan pemain pertahanan United yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya. Gol tersebut menyamakan kedudukan dengan keputusan 3-3 dan hasil gol tersebut, mental pemain pertahanan United mula goyah dan semakin banyak kesilapan dilakukan sehingga mendorong gol ke 4 dan ke 5.

Blackett menjatuhkan pemain lawan untuk penalti dan mendapat kad merah hasil kesilapan tersebut.

Gol keempat hadir melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh pemain muda United, Blackett yang kemudiannya dikenakan kad merah setelah menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti. Kesilapan Blackett yang gagal dalam perebutan bola tinggi adalah punca utama gol tersebut terhasil.

Akhir sekali gol kelima hadir hasil kesilapan pemain United yang gagal mengawal bola dengan baik sebelum dirampas oleh pemain lawan sebelum mudah menewaskan De Gea untuk gol kelima Leicester.

Daripada kelima-lima gol yang saya jelaskan di atas, ada beberapa keputusan pengadil yang menjadi kontroversi. Wisel tidak ditiup ketika Rafael dijatuhkan untuk gol kedua, layangan terus kad merah untuk gol keempat dan bola yang telah melepasi garisan untuk gol pertama.

Pengadil ini juga menjadi punca kekalahan United.

Ada beberapa pemerhati juga meragui keputusan Mark Clatternbug ini yang mana dilihat seperti menyebelahi pasukan tuan rumah. Pengadil ini juga pernah memberi kad merah kepada pemain United pada perlawanan sebelum ini dan ini mungkin menunjukkan Clatternbug ini seperti ingin membalas dendam ke atas United. Itu adalah beberapa komen yang diluahkan oleh penyokong di laman sosial dan bukan pendapat saya.

Apa yang pasti, 3 mata telah terlepas dan 3 mata yang baru wajib diperolehi pada perlawanan di Old Trafford Ahad ini. Kelemahan dalam perlawanan ini menunjukkan bahagian yang lemah dalam skuad Luin Van Gaal ini dan itu harus diperbaiki pada perlawanan akan datang atau mencari pemain pertahanan baru yang mampu mengawal pertahanan dengan baik.

Saya berharap kita sebagai penyokong akan terus menyokong United walaupun kalah menang atau seri kerana sekali saya menyokong United, susah untuk saya menukar kepada pasukan lain.

Go Go United.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR