We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, February 11, 2012

GAH DI LAMAN SENDIRI



Assalamualaikum dan selamat pagi..

lama tak update blog, jadi hari ni nak start balik benda yang dah lama tak buat ni..

semalam, astro arena telah menyiarkan siaran langsung perlawanan liga super di antara 2 musuh pantai timur iaitu pasukan kelantan menentang terengganu..
kelantan berjaya mengalahkan musuh setempatnya dengan keputusan 2-1 hasil jaringan nor shahrul dan badri radzi( kapten kelantan)..

pada perlawanan semalam, corak permainan kelantan agak menarik kerana berjaya mengucar-kacirkan pertahanan terengganu sehingga mereka berjaya merobek gawang terengganu pada minit yang ke-37 melalui jaringan nor shahrul..

kelantan menggunakan hantaran pendek dan kadang-kadang hantaran panjang yang mana mengelirukan pemain terengganu..

pertahanan kelantan juga bijak mengawal penyerang terengganu sehingga mereka terperangkap dengan perangkap offside yang dikemudi oleh awang import baru dari nigeria,nwaneri..

pemain tengah kelantan juga bijak menyusun strategi bagi memudahkan penyerang membuat jaringan dan mereka berjaya menjaringkan dua gol..

pada lewat perlawanan, pertahanan kelantan agak leka dan menyebabkan terengganu berjaya menghasilkan gol saguhati melalui jaringan assari samsuddin yang menerima hantaran doe menewaskan apek..

dengan kemenangan tersebut, kelantan mengungguli liga super kerana perak tewas mengejut kepada satu la pasukan pantai timur, t-team di kuala terengganu dengan jumlah jaringan yang sama..

selepas ini, kelantan akan bertemu selangor di bukit jalil dan kemenangan semalam dapat menyuntik semangat kelantan untuk mengalahkan gergasi merah itu..

semoga kelantan akan terus menang dan berjaya mempertahankan liga super di bumi kelantan..

gomo kelate gomo..

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR