We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, October 12, 2012

YES KELANTAN MENANG-JUMPA ATM DI FINAL

Piya menjaringkan gol kedua Kelantan pada perlawanan menentang Selangor tadi.

Kelantan menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke Final Piala Malaysia musim 2012 dengan bergaya apabila mengalahkan pasukan tuan rumah, Selangor dengan keputusan 2-0. Gol kelantan dijaringkan oleh penyerang import berbisa Kelantan, Ghaddar dan gol kedua diperolehi hasil sepakan percuma Piya dari luar kotak penalti.


Dengan kemenangan tersebut, Kelantan akan bertemu pasukan ATM yang lebih awal mengesahkan tempat ke Final apabila berjaya mengalahkan Singapura melalui sepakan penalti, 5-4.

Berbalik kepada perlawanan yang tamat jam 10.45 malam tadi, separuh masa pertama, kedua-dua pasukan melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing. Kelantan hampir menggandakan aggregat apabila tandukan Ghaddar melewati palang. Selangor juga memiliki beberapa peluang dan yang terbaik ialah rembatan Amri tapi berjaya dihalang oleh Apek. Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan berpeluang untuk memecah kebuntuan tapi rembatan Indera melewati palang.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan meneruskan asakan ke gawang lawang dan kebuntuan gol berakhir apabila Ghaddar berjaya menggelecek 3 pemain Selangor sebelum membuat chip melewati penjaga gol Selangor. Gol kedua hadir melalui sepakan percuma Piya yang tidak mampu dikeluarkan oleh penjaga gol Selangor pada 2 minit terakhir separuh masa kedua. Jadi, Kelantan layak ke Final dengan aggeragt 3-0.

Walaupun menang, Kelantan terpaksa membayar dengan harga yang mahal  kerana penjaring gol pertama Kelantan hanya akan menyaksikan perlawanan tersebut dari bangku simpanan apabila Ghaddar menerima kad kuning dan kad itu adalah yang kedua untuknya, maka dia tidak boleh diturunkan pada perlawanan akhir nanti. Selain Ghaddar, seorang lagi pemain harapan akan diletakkan pada bangku simpanan. Norfarhan juga mengutip kad kuning pada perlawanan tersebut dan juga tidak dapat diturunkan pada perlawanan akhir nanti.

Saya amat gembira menyaksikan perlawanan tadi kerana ia ibarat perlawanan akhir apabila segenap ruang stadium dipenuhi dengan penyokong kedua-dua pasukan. Mereka juga menunjukkan semangat menyokong yang bagus walaupun terdapat bebarapa penyokong yang melemparkan botol dan membaling mercun.

Jadi, untuk perlawanan akhir nanti, harus memikir taktikal yang sempurna supaya kita berjaya mengalahkan ATM bagi merangkul gelaran juara Piala Malaysia buat kali kedua.

Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan Kelantan di Final Piala Malaysia nanti.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR