Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berharap anak buahnya dapat mencari jaringan awal bagi memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah yang terdesak untuk ke Final bagi merealisasikan impian mereka merangkul Piala Malaysia buat kali ke 33. Kelantan juga harus mempertahankan kelebihan satu gol tersebut dan keputusan seri sudah memadai untuk Kelantan untuk layak.
Irfan Bakti, Jurulatih Selangor pula yakin pemainnya mampu menumpaskan Kelantan di Shah Alam kerana dia mempunyai ramuan untuk mengalahkan Kelantan. Irfan dikatakan mula membuat provokasi ke atas pasukan Kelantan supaya emosi pemain Kelantan terganggu dan hilang fokus kepada perlawanan tersebut.
Berdasarkan kepada ramalan beberapa jurulatih dan penulis sukan, kedua-dua pasukan dilihat sama hebat dan pastinya permainan menarik akan dipamerkan oleh pemain kedua-dua pasukan.
Walau bagaimana pun, sebagai penyokong setia Kelantan, saya yakin Kelantan akan mampu mengalahkan Selangor di laman mereka dengan keputusan 1-0. Ini berdasarkan mutu permainan yang dipamerkan ketika di Kota Bharu.
Pemain juga diminta sentiasa menumpukan kepada perlawanan dan meningkatkan keupayaan mental fizikal bagi memenangi perlawanan tersebut. Pasukan mana yang akan dilawan pada perlawanan Akhir tidak perlu diambil tahu sebaliknya tumpuan harus diberikan kepada perlawanan ini.
Saya yakin tahun ini, kita akan menjadi juara Piala Malaysia.
Gomo Kelate Gomo.