We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, October 22, 2012

RANGKUMAN KEJAYAAN THE RED WARRIORS SEPANJANG 2012



1-Pada awal musim, Kelantan mensasarkan 4 piala, iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super, dan Piala Malaysia
- ramai penyokong luar mencemuh, dan tidak faham apa itu "sasaran", malah mengatakan jangan bermimpi satu piala pun. ternyata Kelantan membuktikan kejayaan mereka, apabila merangkul 3 piala dari 4 sasaran, malah hanya 2 pasukan sahaja didalam liga Malaysia yang pernah merangkul kejuaran treble liga super, Piala FA dan Piala Malaysia iaitu Kedah dan Kelantan (selangor hanya menang treble liga premier, piala fa dan piala malaysia, bukan liga super)



2-Kelantan juga mensasarkan rekod tanpa kalah liga, sekali lagi penyokong luar mengkritik sasaran dan impian kelantan itu.
- Kelantan hanya kalah 2 kali dalam liga super, malah rekod tanpa kalah di stadium sendiri tidak tercalar, walaupun beraksi di pentas asia iaitu AFC cup.

3-Sebilangan wartawan mengkritik kelantan dengan bias, termasuk mengatakan kelantan "merangkak" di pentas AFC. ternyata pernyataan itu meleset, apabila kelantan terus unggul ke suku akhir AFC cup, sebelum dikalahkan juara Liga Iraq, Arbil SC.

4-Pertembungan 2 misi, iaitu misi 33 dan misi 3 piala, dimana pasukan misi 33 yakin dapat menewaskan kelantan dicampur dengan "provokasi" jurulatih mereka, tetapi kelantan tenang menghadapi perlawanan, dengan pasukan misi 33 tersungkur dengan agregat 3, satu nombor simbolik untuk kelantan.

5-Kelantan menjuarai Piala Malaysia dengan jaringan 3 berbalas 2 menentang ATM, juga simbolik kerana 3 mewakili jumlah piala dimenangi, dengan 2 sebagai 2 kali menjuarai piala malaysia.

6-Bilangan pemain kelantan yang menjaringkan gol adalah paling banyak, dan tidak hanya mengharapkan pemain utama.

7-Kelantan bermain paling banyak perlawanan berbanding pasukan lain sepanjang 2012, termasuk liga super, Piala FA, Piala AFC, dan juga Piala Malaysia.

fakta-fakta diatas bukanlah fakta kosong dan bersifat takbur tetapi "jawapan" kepada kritikan kritikan yang dilemparkan kepada pasukan kelantan.

Sumber : Kelantan The Red Warriors [2011]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR