Pada esok pagi, The Red Devils akan bertemu CFR Cluj di Romania untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan H. Pada perlawanan sebelum ini, kedua-dua pasukan telah berjaya memenangi perlawanan masing-masing. CFR Cluj berjaya mengalahkan SC Braga dengan keputusan 2-0 manakala Man. United berjaya menewaskan kelab Turki Galatasaray dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Carrick.
Perlawanan dijangka sengit kerana CFR Cluj pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan dan menguasai kumpulan H manakala Man. United pula pasti ingin mencari kemenangan untuk menaikkan semangat pemain setelah tewas pada saingan liga perdana yang lalu. Keputusan tak payah sebut, semua dah tau.hehehe.
Mengikut perkhabaran dari rakan-rakan facebook, Sir Alex akan menurunkan pemain muda untuk perlawanan ini. Antara pemain muda yang dibawa ke Romania ialah Powell, Buttner, M.Keane, Wootton, Lingard dan Tunnicliffe. Nampaknya Sir Alex berani mencuba taktikal baru dan pemain baru untuk perlawanan tersebut selepas beberapa pemain utama dilanda kecederaan.
Sama-sama la kita saksikan perlawanan pada pagi esok dan kita amat berharap agar Man. United dapat mengalahkan pasukan tuan rumah.
Ramalan 1st eleven
De Gea
Rafael Evans Ferdinand Wotton
Nani Fletcher Anderson
Kagawa Rooney
Van Persie