We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, October 31, 2012

BERITA RED WARRIORS 3

Gomo Merah melaporkan untuk Berita The Red Warriors bagi minggu ini yang mana berkisar kepada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dan perpindahan pemain.


Berita 1:
Kelantan menggondol 4 anugerah yang telah dipertandingkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun ini. Norshahrul merangkul dua anugerah peribadi iaitu Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik manakala Khairul Fahmi dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Kelantan dianugerahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik. Walaupun pemain dan pasukan berjaya merangkul anugerah tetapi terdapat beberapa anugerah yang telah dipertikaikan oleh beberapa individu dan peminat bola sepak.


Berita 2:
Norshahrul menyatakan kepada media bahawa dia ingin berpindah ke pasukan lain kerana ingin menukar angin dan menguji kemapuan dirinya bersama pasukan lain. Ini kerana beliau telah menerima tawaran dari pasukan Johor FA yang sedang merangka pasukan mereka bagi menghadapi saingan liga super musim hadapan. Khairul Fahmi juga ditawarkan kontrak untuk bermain dengan Johor FA tetapi dia tetap memilih Kelantan untuk musim hadapan.


Berita 3:
Pemain Import Kelantan yang digelar Ronaldo Malaysia, Muhamad Ghaddar masih belum memberi kata putus tentang masa depannya bersama The Red Warriors. Dia dikhabarkan akan berpindah ke sebuah kelab di Dubai. Perkara ini masih dalam perbincangan dan diharap Ghaddar akan terus kekal di Kelantan bagi membantu Kelantan merangkul lebih banyak kejayaan selepas ini.


Berita 4:
Nik Shahrul Azim dan Mohd Rizal Fahmi antara pemain Kelantan yang digugurkan dari pasukan kebangsaan di bawah kelolaan Datuk K Rajagopal. Mereka tidak akan berada di dalam skuad negara bagi menghadapi Harimau Muda A dan Vietnam untuk perlawanan persahabatan. Pemain Kelantan yang masih kekal bersama pasukan negara ialah Khairul Fahmi, Norshahrul dan Shakir.

Kedua-dua pemain ini telah digugurkan oleh Datuk K Rajagopal dari pasukan kebangsaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR