We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, October 7, 2012

KENA 3, BALAS 3 TAPI ADA KONTROVERSI

Evans menjaringkan gol pertama Man. United pada perlawanan semalam.

Semalam, The Red Devils telah bertandang ke St James Park Studium untuk bertemu pasukan tuan rumah, The Magpies untuk perlawanan ke 8 Liga Perdana Inggeris. Perlawanan tersebut dimenangi oleh Manchester United dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Evans, Evra dan Cleverly. Dengan kemenangan tersebut, Man. United berjaya membalas dendam untuk saingan liga musim lalu apabila dikalahkan oleh Newcastle United dengan jumlah jaringan yang sama.



Saya amat kagum dengan permainan yang ditunjukkan oleh skuad Sir Alex. Permainan yang pantas, kawalan bola yang baik dan sentiasa membuat serangan membuatkan skuad tuan rumah tidak mampu untuk membalas serangan.

Bahagian defend juga amat mengagumkan apabila berjaya menahan segala serangan lawan dan mematahkan serangn tersebut sebelum menembusi gawang yang dikawal De Gea. Tetapi perlawanan tersebut diselubungi kontroversi apabila bola dipercayai telah melepasi garisan gol sebelum ditolak keluar oleh De Gea.

Ramai pemerhati mengatakan bola tersebut telah masuk dan seharusnya dikira sebagai gol dan ada juga pemerhati mengatakan bola tersebut belum melepasi seratus peratus dan tidak dikira gol. Walaupun saya penyokong setia Man. United tapi pada hemat saya, bola tersebut sebenarnya telah masuk dan seharusnya diberikan gol kepada Newcastle tapi setiap keputusan perlawanan tersebut ditentukan oleh pengadil dan pengadil memutuskan tidak gol.

Saya juga berpendapat, corak dan taktikal ini sangat sesuai dengan skuad yang diturunkan semalam. Mereka dilihat selesa dan dapat membuat hantaran pendek dengan tepat dan dapat membuat serangan balas dengan baik.

Saya perhatikan Rooney dilihat lebih selesa bermain di bahagian tengah berbanding bahagian depan dan  ia sangat sesuai dengan Rooney yang bijak membuat hantaran dan dapat mencuri bola dari pihak lawan dengan baik.

Van Persie pula dilihat berjaya mengucar-kacirkan bahagian pertahanan lawan dan bijak membuat hantaran kepada kawan sepasukan untuk menjaringkan gol.

Dengan kemenangan semalam, Man. United berjaya berada di tangga ke dua, berkongsi mata dengan Man. City dengan 15 mata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR