We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, October 7, 2012

SELANGKAH KE AKHIR TAPI ADA 90 MINIT LAGI

Farhan menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memberi kelebihan satu gol kepada Kelantan.

Pada hari Sabtu yang lalu, The Red Warriors telah menumbangkan The Red Giants dengan satu tumbukan yang mengenai sasaran hasil jaringan Pahlawan Farhan pada minit 62 di Stadium Muhammad ke IV, Kota Bharu.



Perlawanan tersebut sememangnya menjadi milik Kelantan apabila berjaya menguasai permainan dan kawasan tengah dikawal dengan baik oleh Shakir, Awe dan Farhan. Kelantan dilihat akan dapat membawa bekalan lebih dari satu gol ke Shah Alam apabila salah seorang pemain pertahanannya dibuang padang. Tapi sayang, kelebihan itu tidak dapat digunakan dengan sebaiknya apabila Kelantan tidak berjaya menambah jaringan.

Permainan Kelantan pada malam tersebut sememangnya baik dan dapat membuat banyak percubaan ke gawang Selangor tetapi Kelantan dilihat tidak mampu untuk menembusi pertahanan Selangor. Ghaddar dilihat seaakan-akan mementingkan diri apabila beberapa peluang dipersiakan melalui rembatan yang melambung tinggi. Farhan merupakan pemain terbaik untuk perlawanan tersebut. Dia menunjukkan mutu permainan yang sangat berkualiti dan semangat juang yang tinggi. Kapten pasukan, Piya pula tidak diturunkan pada malam itu kerana terkena jangkitan sakit mata dan dia kemungkinan akan diturunkan pada separuh akhir kedua di Selangor apabila sembuh nanti.

Pertahanan juga dilihat agak goyah pada awal permainan tetapi selepas itu menunjukkan fokus yang tinggi apabila berjaya menggagalkan beberapa percubaan dan serangan dari penyerang Selangor.

Kelantan dilihat berkelebihan untuk ke Final Piala Malaysia apabila membawa bekalan 1 gol tetapi setiap pemain harus ingat, sentiasa fokus dan jangan jadikan perlawanan ketika menentang Felda United berulang kembali.

Apa pun, Kelantan telah menutup perlawanan terakhir di stadium keramat itu dengan noktah kemenangan dan semoga Kelantan akan berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk rakyat dan penyokong setia Kelantan.

Gomo Kelate Gomo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR