Perlawanan yang akan dilangsungkan di TV 1, Astro Arena 801 dan Streaming TV 1 itu pasti akan sengit kerana setiap pasukan ada matlamat masing-masing dalam merebut Piala Malaysia ini. Kita bermula dengan dengan pasukan Kelantan a.k.a The Red Warriors. Kelantan sedang memburu piala yang ketiga untuk musim ini. Mereka telah memenangi 2 piala pada musim ini iaitu terdahulu memenangi Piala FA 2012 yang tidak pernah dimenangi oleh pasukan Kelantan dan berjaya mempertahankan piala Liga Super Malaysia 2012.
Kita beralih pula kepada Selangor a.k.a The Red Giants. Mereka telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 32 kali dan mereka ingin mencapai misi mereka yang masih belum selesai iaitu Misi 33. Misi untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 33.
Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing tetapi peluang kedua-dua pasukan untuk ke separuh akhir adalah 50-50.
Kelantan harus berjaga-jaga dan setiap pemain harus fokus dalam perlawanan di Kota Bharu nanti kerana Selangor sekarang berada pada tahap konsisten. Sebelum pertemuan ini, mereka telah mengalahkan Johor FC pada saingan suku akhir dan berjaya merangkul Piala Sultan Selangor dengan mengalahkan Singapura.
Kelantan juga diharap tidak bermain seperti ketika bertemu Felda United hari itu. Perlawanan hari itu memang teruk dan saya amat berharap Kelantan akan bangkit untuk membuktikan kepada penyokong bahawa mereka sememangnya ingin memenangi Piala Malaysia musim ini.
Semoga Kelantan akan berjaya melangkah ke final Piala Malaysia dan seterusnya merangkul Piala tersebut untuk penyokong dan rakyat Kelantan.
Gomo Kelate Gomo.