We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, October 3, 2012

BANGKIT UNTUK MENANG

Van Persei menjaringkan 2 gol untuk membantu Machester United mengalahkan CFR Cluj pagi tadi

Van Persei membuktikan dia adalah satu pembelian yang tidak merugikan apabila berjaya menghadiahkan kemenangan kedua buat Manchester United untuk mengungguli kumpulan H bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Perlawanan yang dilangsungkan pagi tadi amat ditunggu oleh penyokong setiap pasukan kerana jika menang, pasukan tersebut akan berada di tangga teratas kumpulan.
Sir Alex amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain Man. United. Menguasai hampir keseluruhan permainan tapi tidak mampu untuk menjaringkan gol kerana pertahanan yang kuat ditunjukkan oleh pasukan tuan rumah.

Pada perlawanan tersebut, kita telah saksikan sekali lagi pertahanan sebelah kiri yang dikawal Evra mudah dibolosi. Saya rasa sudah tiba masanya untuk Sir Alex mencuba untuk meletakkan Buttner pada posisi tersebut untuk beberapa perlawanan untuk melihat keupayaannya dan persembahannya boleh dibandingkan dengan Evra.

Skuad Man. United sekarang amat bermasalah pada bahagian serangan. Bahagian penjaga gol tak risau sangat sebab kedua-dua penjaga gol yang kita ada mempunyai kebolehan yang hampir sama.

Bahagian tengah sememangnya milik Man. United apabila berjaya mengawal bola dan menguasai bahagian tengah dengan baik. Bahagian tengah yang diturunkan pada pagi tadi dilihat amat sefahaman dan mungkin Sir Alex boleh mencuba gandingan ini untuk perlawanan akan datang.

Dengan kemenangan tersebut, Manchester United mengumpul 6 mata diikuti oleh Cluj dan Braga dengan 3 mata manakala Galatasaray tercorot tanpa sebarang mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR