We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, October 10, 2012

BERITA THE RED DEVILS

Dalam minggu ini, terdapat beberapa berita yang menyenangkan dan berita tidak menyenangkan melibatkan pemain Man. United.



Van Persie dikatakan menyiku Cabaye ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan kedua-dua pasukan.

Berita 1:
Van Persie dilepaskan dari kesalahan menyiku Cabaya ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester United menentang Newcastle United. Dia katakan dikenakan hukuman pergantungan 3 perlawanan tetapi telah dilepaskan tanpa sebarang hukuman.

Berita 2:
Javier Hernandez dikatakan akan dijual atau akan dibuat pertukaran dengan pemain Real Madrid, Nuri Sahin yang ketika ini sedang bermain secara pinjaman dengan kelab Anfield, Liverpool. Selain itu, dia juga dikaitkan pertukaran dengan pemain kelab Portugal, Porto iaitu James Rodriguez

Berita 3:
Rooney akan dilantik menjadi kapten Englang untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia Menentang San Marina. Ini kerana Steven Gerrard dalam pergantungan perlawanan dan Frank Lampard dikhabarkan mengalami kecederaan. Selain Rooney, 3 lagi pemain Men. United yang terpilih untuk mewakili England ialah Carrick, Cleverly dan Ferdinand.

Berita 4:
Valencia telah dicalonkan sebagai antara pemain terbaik tahunan Liga Perdana Inggeris manakala Nick Powell dicalonkan untuk Anugerah Pemain Meningkat Naik.

Berita 5:
Sir Alex dikhabarkan telah mengarahkan beberapa pegawai untuk menyaksikan corak permainan pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels bagi mengatasi krisis kecederaan pemain pertahanan yang sedang berlaku sekarang ini.

Berita 6:
Chris Smalling telah kembali berlatih bersama pasukan setelah pulih dari kecederaan pada bahagian kaki pada musim lalu.

Berita 7:
Beberapa pemain dikaitkan dengan perpindahan ke Man. United.


Pindah
Mesut Ozil (Real Madrid)
Brede Hangeland (Fulham)
Victor Wanyama (Celtic)
Rafael Bastos (CFR Cluj)
Stephan El Shaarawy (AC Milan)
Robert Lewandowski (Bor.Dortmund)
Lucas Digne (Lille)
Alen Halilovic (Dinamo Zagreb)
Mikael Silvestre (unattached)
Thomas Ince (Blackpool)
Nathan Redmond (Birmingham)

Keluar
Robbie Brady (Wolves, loan)
Javier Hernandez (Real Madrid)
Joshua King (Newcastle, Molde)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR