Inilah wajah-wajah pemain baru Kelantan 2013. Dari kiri : Zairo, Faiz, Haris, Kcira dan Petratos.
Leck Kcira Dari Croatia ( Defender ) dan Dimitrie Petratos dari Australia ( Striker ) adalah dua pemain import yang akan beraksi bersama skuad Kelantan. Petratos yang dipinjam selama 6 bulan dari Sydney FC dan jika persembahannya memberangsangkan, pihak Kafa akan menawarkan kontrak kepadanya. Selain 2 pemain import ini, Kelantan telah memiliki 2 pemain import yang lama iaitu Obinna Nwaneri Dan Keita Mandjou. Keita dan Kcira akan bermain pada saingan AFC Cup.
Dennis Antwi (kiri) dan Okine akan dipinjamkan kepada Perlis untuk musim hadapan.
Dengan kehadiran Petratos maka Kelantan telah berjaya mencari pengganti kepada Ghaddar yang tidak menyambung kontrak. Dikhabarkan Ghaddar memohon untuk kenaikan gaji dan pihak Kafa tidak mampu untuk membayar gaji mengikut tuntutan Ghaddar itu maka dia dilepaskan. Dennis Antwi dan Okine dipinjamkan kepada kepada Perlis untuk meningkatkan mutu permainan mereka.
Tapi penyokong setia Kelantan masih menanti dan tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan Matyo aka Wak Lan untuk memakai jersi no.9. Ada mengatakan Safee Sali atau Shakir Ali yang akan memakai no.9 tersebut. Semuanya akan terjawab sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 14 Disember nanti.
Siapa pun dia, yang penting dia mampu menjalankan amanah yang diberikan oleh Kafa dan dapat menunaikan hasrat penyokong untuk menjulang kesemua piala yang dipertandingkan pada tahun hadapan. Di harap pemain itu akan bermain lebih baik dari Matyo dan seterusnya membawa kejayaan kepada Kelantan untuk musim hadapan.
Tak sabar untuk saksikan kehebatan pemain-pemain Kelantan beraksi di padang. Sama-sama kita berikan sokongan dari jauh dan dekat.
Gomo Kelate Gomo.