BLOG TENTANG PASUKAN KELANTAN (THE RED WARRIORS) DAN MANCHESTER UNITED (THE RED DEVILS) MENGENAI BERITA, KEPUTUSAN PERLAWANAN DAN ULASAN DARI PEMILIK BLOG
Pages
Thursday, September 20, 2012
PRESIDEN KAFA KATA KEKALAHAN MEMALUKAN
KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-5 Red Warriors kepada kelab Arbil dari Iraq pada suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia semalam adalah memalukan.
Annuar melalui kenyataan dalam Facebook beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan kekalahan besar Kelantan itu.
“Saya amat sedih. Apa yang kita tak mahu berlaku kepada pasukan yang mewakili negara dalam AFC akhirnya menimpa Kelantan. Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan lima gol adalah memalukan,” katanya.
Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kekalahan tersebut menunjukkan Kelantan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kelab-kelab Asia Barat.
Beliau berkata, keadaan itu menyaksikan Kelantan selaku juara Liga Super dan Piala FA, tidak berdaya menyekat kemaraan pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFC musim lalu.
Menurutnya, berdasarkan perlawanan semalam, pasukan Arbil FC cukup matang dan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Kelantan kerana mereka mampu berpesta gol sehingga minit terakhir.
Bagaimanapun katanya, kekalahan tersebut seharusnya dijadikan panduan kepada pasukan bagi memperbaiki kelemahan untuk menghadapi saingan kedua di laman sendiri.
“Saya mengakui laluan Kelantan pada peringkat suku akhir ini cukup berliku dan pada perlawanan timbang balik nanti di Stadium Sultan Mohammod IV, ia harus diperbaiki.
“Kelantan gagal mengimbangi perlawanan terutama pada separuh masa kedua berikutan hampir separuh tonggak utama tidak dapat bermain.
“Pemain tonggak Kelantan seperti Obinna Nwaneri, S.Subramaniam, Muhammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin tidak beraksi kerana digantung dan mengalami kecederaan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Azman, Kelantan agak tempang ketika berkunjung ke Iraq antara lain disebabkan kegagalan mendaftarkan dua pemain import baru.
Jelasnya, pada babak pertama, Kelantan mampu menyaingi Arbil FC sehingga menjaringkan gol penyamaan oleh ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi, namun gagal menyekat pasukan lawan pada babak kedua.
“Kekalahan mungkin suatu yang semua orang tidak inginkan tetapi secara positifnya, kekalahan memberikan kita satu panduan untuk mencari dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya.
SUMBER : KELATE.NET
Labels:
PIALA AFC 2012
PRESIDEN KAFA KATA KEKALAHAN MEMALUKAN
2012-09-20T17:16:00-07:00
Unknown
PIALA AFC 2012
|
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ARTIKEL POPULAR
-
Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.
-
Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (j...
-
Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diada...
BLOG KEGEMARAN SAYA
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-