Malam ini The Red Warriors Kelantan akan turun menentang pasukan pak arab dari Iraq, Erbil FC di stadium keramat kita, Stadium Mohammad KeIV pada jam 8.45 malam. Dengar kata ade siaran langsung di TV 1.
Perlawanan suku akhir kedua Piala AFC ini dijangka sengit kerana Kelantan pasti akan mencuba sedaya upaya untuk menyamakan kedudukan dan menghalang pihak lawan menjaringkan gol. Kelantan harus menjaringkan 4 gol tanpa dibolosi oleh pasukan pak arab jika mahu layak ke pusingan separuh akhir Piala AFC ini.
Pada suku akhir pertama di Iraq, Kelantan telah tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah. Jadi kali ini, Kelantan harus bermain dengan besungguh-sungguh dan membuktikan bahawa pasukan Kelantan adalah bukan pasukan belasahan dan akan membuktikan bahawa Malaysia mempunyai pasukan bola sepak yang berkualiti. Kelantan juga dilihat lebih kuat berbanding pasukan suku akhir pertama apabila obinna dan nor shahrul dapat diturunkan. Kalau Ghaddar juga dapat diturunkan, itu adalah 1 bonus untuk pasukan kita.
Pendapat saya untuk perlawanan pada malam ni, bahagian pertahanan haruslah sentiasa berjaga-jaga dengan serangan pasukan pak arab ini dan jangan sesekali leka apabila pihak lawan membuat serangan. mereka juga harus tenang mengawal asakan lawan dan kalu boleh jangan biarkan bola lama berada di dalam kawasan Kelantan. Bahagian tengah juga harus memainkan peranan penting. Hantaran tepat dan bijak mencari ruang untuk penyerang menjaringkan gol amat ditagih. seelok-eloknya, gunala hantaran pendek dan sentiasa membuka ruang akan rakan sepasukan dapat menghantar bola dengan mudah. Bahagian penyerang pula, harap dapat menterjemahkan setiap peluang yang terhidang dan jangan mudah putus asa untuk menembusi pertahanan lawan.
Pasukan pak arab datang dengan bekalan selesa dan mereka semestinya akan bermain secara bertahan. Ini pendapat saya sahaja tapi tidak mustahil, 4 gol dapat dijaringkan jika pemain menunjukkan disiplin dan permainan yang berkualiti.
Apa pun sama-sama kita saksikan malam ni perjuangan Pahlawan Merah kita mengalahkan pak arab yang mungkin mengatakan mereka telah sebelah kaki ke separuh akhir Piala AFC ini.
Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan Kelantan kita pada malam ini agar sejarah baru bola sepak negara dapat dicipta.
Kepada semua penyokong Kelantan, sama-sama lah kita bangun dan bersorak menyokong pasukan kesayangan kita. Menang kita bersyukur tapi jika kalah, kita harus menerima dengan redha tapi kita harus yakin, keajaiban akan berlaku malam ni.
Gomo Kelate Gomo.
BLOG TENTANG PASUKAN KELANTAN (THE RED WARRIORS) DAN MANCHESTER UNITED (THE RED DEVILS) MENGENAI BERITA, KEPUTUSAN PERLAWANAN DAN ULASAN DARI PEMILIK BLOG
Pages
Monday, September 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ARTIKEL POPULAR
-
Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.
-
Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (j...
-
Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diada...
BLOG KEGEMARAN SAYA
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-