We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, September 6, 2013

PEMAIN BARU SERTAI UNITED-MOYES BERPUAS HATI

Ramai yang sudah mengetahui pintu perpindahan pemain bagi kelab eropah sudah ditutup pada 3 September yang lalu. Ramai pemain baru yang dibeli oleh setiap pasukan bagi menguatkan pasukan masing-masing untuk memenangi gelaran dan mencapai kejayaan.


Manchester United jugak tidak terlepas dari pasukan yang berbelanja bagi membeli pemain yang mampu menguatkan pasukan United bagi mempertahankan gelaran dan memburu gelaran yang lebih besar lagi. Moyes telah membuat pemburuan pemain yang sesuai dengan corak permainannya dan juga mampu membantu pemain lain dalam permainan.

Akhirnya Moyes membeli bekas pemain tengahnya yang tinggi lampai dan berambut afro iaitu Maroune Fillaini. Fellaini telah dibeli dengan harga 27.5 juta eoru dan itu adalah pembelian ke4 termahal United.



Ini adalah biodata Maroune Fillaini:

Nama Penuh : Marouane Fellaini-Bakkioui
Tarikh Lahir :  22 November 1987 (age 25)
Tempat Lahir : Etterbeek, Brussels, Belgium
Tinggi : 1.94 m (6 ft 4 1⁄2 in)[2]
Agama : Islam
Posisi : Midfielder
Kelab Sekarang : Manchester United
Nombor Jersi : 31

Karier Remaja :
1994–1997 Anderlecht
1997–2000 Mons
2000–2002 R. Francs Borains
2002–2004 Sporting Charleroi
2004–2006 Standard Liège

Karier Senior :
Years               Team         Apps† (Gls)†
2006–2008 Standard Liège      64 (9)
2008–2013 Everton             141 (25)
2013–       Manchester United 0 (0)

Pasukan Kebangsaan :
2004–2005 Belgium U18        3 (0)
2006                 Belgium U19        6 (1)
2006–2007 Belgium U21        7 (0)
2007– Belgium                       42 (7)

Pada pendapat saya, pemain ini memang patut menyertai United. Walaupun United mempunyai ramai pemain remaja yang berkualiti di bahagian tengah tapi mereka kekurangan pengalaman dan Fellaini adalah pilihan tepat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Paul Scholes yang telah bersara.

United memiliki ramai pemain remaja yang mampu mengisi bahagian tengah iaitu Lingard dan Nick Powell tetapi mereka memerlukan lebih pendedahan bagi memantapkan corak permainan dan skill mereka.

Saya yakin kemasukan pemain ini akan menguatkan lagi bahagian tengah United dan gandingan Carrick Fellaini akan menjadi igauan pasukan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR