BLOG TENTANG PASUKAN KELANTAN (THE RED WARRIORS) DAN MANCHESTER UNITED (THE RED DEVILS) MENGENAI BERITA, KEPUTUSAN PERLAWANAN DAN ULASAN DARI PEMILIK BLOG
Pages
Friday, February 1, 2013
PRESTASI KELANTAN SELEPAS 5 PERLAWANAN
Di tempat ke 7 dan kurang memuaskan. Permulaan liga yang amat merisaukan. Walaupun kita memulakan liga dengan kemenangan ke atas Selangor PKNS FC dengan keputusan 2-1 di Kota Bharu tetapi rentak kemenangan itu tidak berterusan apabila tewas di tangan T-Team 1-0 di Kuala Terengganu.
Selepas kekalahan tersebut, prestasi Kelantan mula menurun apabila hanya mampu seri dalam 3 perlawanan terakhir Liga Super sebelum berehat selama 3 minggu bagi perlawanan persahabatan antarabangsa dan kelayakan Piala Asia 2015. Seri 1-1 dengan Johor Darul Takzim FC, 0-0 dengan Felda United dan pada perlawanan terakhir, seri 0-0 dengan Negeri Sembilan.
Apa kah punca kemerosotan ini? Adakah kerana Kelantan kehilangan 3 tonggak penting yang membantu kejayaan Kelantan musim lalu iaitu Nurul Azwan Roya, Nor Shahrul Idlan dan juga bekas pemain import dari Lubnan, Muhammad Ghaddar yang menyertai Felda United?
Faktor penyerang sememangnya menjadi isu yang menghantui skuad Kelantan ketika ini. Penyerang import dan penyerang tempatan yang menyertai Kelantan musim ini dilihat kurang menyerlah dan tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Walaupun Kelantan memiliki bekas penjaring terbanyak liga musim 2006 tetapi itu tidak menjanjikan apa-apa apbila pemain ini tenggelam pada permulaan liga super musim ini. Keita Mandjou dilihat kurang berkesan, tidak laju dan sekarang dilanda kecederaan. Penyerang tempatan yang dibawa untuk menggantikan Matyo juga dilihat tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut. Haris Safwan mungkin masih tercari-cari persefahaman dengan rakan-rakan dalam pasukan. Mungkin cuti rehat selama 3 minggu ini akan memberi peluang kepada Haris Safwan dan pemain baru lain untuk mencari persefahaman bagi memantapkan pasukan apabila liga bermula semula pada 16 Februari nanti.
Pada bahagian pertahanan tengah, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kita memiliki ramai pemain yang berkebolehan pada kedua-dua posisi tersebut. Gandingan mantap Nik Shahrul Azim dan Obinna di bahagian pertahanan telah menyebabkan gawang Kelantan sukar dibocori. Kita juga sentiasa menguasai bahagian tengah pada setiap perlawanan kerana gandingan Piya dan Shakir amat mantap di posisi tersebut.
Jadi, saya sebagai penyokong Kelantan yang amat mengharapkan Kelantan akan memenangi setiap perlawanan benar-benar menginginkan bahagian pengurusan KAFA memperbaiki setiap kelemahan terutamanya posisi penyerang yang amat ketara kelemahannya. Saya amat berharap Kelantan akan meningkat selepas ini dan akan memulakan perlawanan selepas rehat ini dengan kemenangan.
Saya sentiasa menyokong dan akan sentiasa berada di belakang pasukan sebagai pemain ke 12 Kelantan. Saya yakin jurulatih telah mengenalpasti masalah Kelantan sekarang ini dan Bojan dan anak buahnya akan bangkit untuk mengekalkan 3 kejuaran treble musim lalu. Sama-sama kita doakan kejayaan Kelantan.
Gomo Kelate gomo.
Labels:
FAKTA THE RED WARRIORS
,
PRESTASI
PRESTASI KELANTAN SELEPAS 5 PERLAWANAN
2013-02-01T06:59:00-08:00
Unknown
FAKTA THE RED WARRIORS
|
PRESTASI
|
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ARTIKEL POPULAR
-
Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.
-
Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (j...
-
Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diada...
BLOG KEGEMARAN SAYA
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-