We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, March 19, 2012

KEMENANGAN BESAR



lega hati bila manchester united menang besar di stadium molineux ke atas pasukan tuan rumah wolverhampton dengan jaringan 5-0. gol-gol manchester united dihasilkan oleh chicarito (2), welbeck, valencia dan evans yang berjaya menjaringkan gol buat pertama kali untuk manchester united.kemenangan semalam juga dibantu oleh kesilapan pertahanan tuan rumah yang lemah apabila seorang pemain mereka dibuang padang kerana menerima kad merah..



dengan kemenangan semalam, pasukan the red devils mengukuhkan cengkaman di takhta liga dengan perbezaan 4 mata dengan musuh setempat, manchester city. kemenangan semalam memberikan 3 mata yang menjadikan mata keseluruhan manchester united kepada 70 mata dan manchester city 66 mata.

mengulas mengenai perlawanan semalam, separuh masa pertama sememangnya milik manchester united apabila mengawal permainan dengan baik. saya suka apabila pemain manchester united menggunakan hantaran pendek dan menyerang pasukan tuan rumah dari segenap sudut. pemain juga bijak mengawal bola dengan skil yang tinggi. saya tengok gandingan rooney, welbeck dan chicarito dilihat sangat berkesan dan sesuai digunakan untuk perlawanan yang akan datang.



separuh masa kedua pula, manchester united masih mengawal permainan dan sir alex mengeluarkan carrick dan memasukkan pemain muda, pogba untuk membantu bahagian serangan dan pertahanan. sir alex juga mengeluarkan evra dan evans di bahagian pertahanan dan memasukkan fabio dan smalling untuk menguatkan bahagian pertahanan dan usaha itu berhasil apabila penyerang wolver tidak mampu menjaringkan gol sehingga tamat permainan.

keseluruhan perlawanan semalam, saya sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan dan saya yakin manchester united akan menjulang piala liga inggeris buat kali ke-20..

p/s : nasib baik menang. mitak2 pasukan manchester city kalah.hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR