BLOG TENTANG PASUKAN KELANTAN (THE RED WARRIORS) DAN MANCHESTER UNITED (THE RED DEVILS) MENGENAI BERITA, KEPUTUSAN PERLAWANAN DAN ULASAN DARI PEMILIK BLOG
Pages
Sunday, October 16, 2011
JATUH TANGGA KEDUA LIGA PERDANA INGGERIS
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
semalam m.u dan liverpool bertembung untuk perlawanan ke-8 liga perdana inggeris di anfield dan keputusan yang dicatatkan hanya lah seri 1-1.
saya malas nak cerita tentang perjalanan perlawanan kerana game main awal jadi mungkin ramai yang dapat tengok. saya cuma nak ulas apa yang tak puas hati. walaupun ketidakpuasan hati saya ini tak memberi makna kepada manchester united tapi saya ingin berkongsi pendapat tentang perlawanan tersebut.
separuh masa pertama bagi saya, liverpool lebih menguasai perlawanan kerana banyak serangan dilakukan oleh penyerang the reds dan mereka juga menguasai bahagian tengah. bahagian tengah m.u kelihatan kurang kesefahaman dan tidak mampu untuk membuat hantaran yang dapat menghasilkan gol. bola juga kerap hilang di bahagian tengah.
park kurang menjadi pada malam itu. dia banyak melakukan kesilapan dan banyak juga kehilangan bola. dia juga kurang membuat crossing ke dalam kotak panelti. pada pandapat saya, pemain seperti park, giggs, owen dan barbatov elok diberikan game yang simple. contohnya perlawanan yang melibatkan dengan liga divisyen 1 atau 2.
kenapa bahagian tengah dikuasai oleh liverpool? pada pendapat saya, ini kerana bahagian tengah yang nampak layu. apa yang pelik bagi saya ialah jones tidak sesuai untuk bermain di tengah dan dia kelihatan terkial2 untuk mengawal bahagian tengah.
selain itu, sir alex kena pastikan pasangan penyerang terbaik m.u untuk memenangi setiap perlawanan yang dihadapi. ini kerana saingan liga sangat sengit. jika tidak dapat mengenal pasti pasangan yang sesuai, kita mungkin akan mengalami kekurangan jaringan dan mungkin banyak keputusan seri yang akan dicatatkan. pada pendapat saya, bagi perlawanan yang agak mencabar seeloknya rooney dan welbeck digandingkan bagi menghasilkan jaringan yang banyak.
pada bahagian pertahanan pula, pada pendapat saya, stopper seeloknya diletakkan pemain yang sudah biasa dengan posisi tersebut. contohnya anderson, carrick atau cleverly.
pada perlawanan itu, sayap kedua2 belah pasukan m.u kurang membuat hantaran lintang. ini kerana ashley young tidak mendapat bantuan dari rakan2 yang biasa membantunya. dia juga kurang mendapat bola dan terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola bagi mencipta serangan.
sir alex juga telah membuat kesilapan apabila lewat membuat pertukaran. sepatutnya nani dan chicarito dimasukkan apabila bermulanya separuh masa kedua bagi menguatkan bahagian serangan. tapi apa pun kita telah terlepas kedudukan pertama kepada man.city dan kita terpaksa menghuni tangga kedua sehingga man.city melepaskan 2 mata atau mengalami kekalahan.
walaubagaimanapun saya tetap akan menyokong man.united tidak kira kalah atau menang tapi ulasan tetap akan dibuat.hehehe.
sekian..
Labels:
LIGA PERDANA INGGERIS 2011/2012
JATUH TANGGA KEDUA LIGA PERDANA INGGERIS
2011-10-16T00:17:00-07:00
Unknown
LIGA PERDANA INGGERIS 2011/2012
|
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ARTIKEL POPULAR
-
Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.
-
Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (j...
-
Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diada...
BLOG KEGEMARAN SAYA
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-